fbpx

Train Live In Malaysia 16 Jun 2012 Di KL Live

Sebuah lagi acara hiburan hebat untuk mengisi masa terluang anda sekitar Jun 2012 ini. Kumpulan pop rock berasal dari San Francisco, Train bakal membuat kemunculan pertama di bumi Malaysia pada 16 Jun nanti.

Train yang di’anggotai oleh Patrick Monahan, Jimmy Stafford dan Scott Underwood mula popular sekitar tahun 2001 apabila mereka melancarkan single Drop Of Jupiter yang menguasai carta muzik seluruh dunia & kekal setahun lama’nya.

Drop Of Jupiter juga menyaksikan Train menjadi kumpulan yang boleh berbangga dengan anugerah Grammy apabila membawa pulang dua gelaran pada tahun 2002.

Selepas hiatus untuk beberapa tahun, kembalinya pada tahun 2009 dengan single Hey, Soul Sisters mengukuhkan lagi kedudukan Train dengan kemenangan Grammy ketiga untuk Best Pop Performance By Group sekitar tahun 2011.

Dan, pada 16 Jun 2012 ini Train akan membuat kemunculan sulung mereka menghiburkan peminat yang menanti mereka sekian lama & konsert mereka akan mengambil tempat di KL Live, Life Centre Kuala Lumpur di’bawakan bersama oleh JS Concert Productions & Fatboys.

Train Live in Malaysia 2012
Date: 16th June 2012 (Saturday)
Venue: KL Live (Life Centre), Kuala Lumpur
Tickets: RM 288 (Rock Zone); RM198 ( Upper Tier) ; RM 138 (Regular) and early birds will get 20% discount vaild until May 31st

Tickets are available at the following outlets; Rock Corner -KLCC, The Curve, Subang Parade, One Utama, The Gardens, Midvalley, The Curve; Victoria Music Centre –Sg.Wang, Bangsar Shopping Centre, Tropicana City Mall, Amcorp Mall, The Guitar Store outlets – Cheras, Desa Sri Hartamas, Damansara Perdana, Kepong, Puchong and at KL Live.

Tickets are also available online at www.ticketpro.com.my. Hotline – 03-78807999