fbpx

‘Toy Story’ Lancarkan Filem Pendek Baru Enam Minit Secara Online

Nama sahaja sudah tua bangka, tetapi kalau melibatkan siri animasi daripada Pixar memang kami boleh bertukar menjadi kanak kanak riang dengan segera.

Hari ini, Pixar Films telah melancarkan filem animasi pendek ketiga’nya untuk Toy Story berjudul Partysaurus Rex yang kini di’mainkan sebelum tayangan filem Finding Nemo 3D.

Filem pendek berdurasi 6 minit ini mengisahkan Rex (dengan suara Wallace Shawn) meninggalkan bilik tidur dan memulakan parti di bilik mandi bersama watak mainan lain.

Partysaurus Rex merupakan filem pendek yang ketiga selepas Hawaiian Vacation yang di’mainkan sebelum Cars 2 dan Small Fry yang merupakan animasi pembuka untuk The Muppets.

Dalam perkembangan berkaitan, animasi klasik Pixar Finding Nemo dalam format 3D akan menemui penonton di Malaysia pada 8 November 2012 ini. Kami? Mestilah serbu wayang.