fbpx

Top 5 US PIZZA Unik & Sedap Nak Mampos Yang Anda Wajib Nikmati!

Bila dah lama sangat tak makan pizza, tiba-tiba tertengok kawan post US PIZZA, eh engkau macam tahu-tahu jer tekak kami ni nak makan pizza kan! Haha.

Kalau tengokkan dari menu yang dorang tunjuk memang mengiurkan! Pizza dia unik dan sedap katanya. Tengok dorang makan, teringin pulak nak cuba..haishh, kuat betul yer pengaruh kawan ni. Tapi bagus jugalah sebab kali ini kami nak makan top 5 US Pizza yang dorang cakap-cakapkan sangat tu!

Tambah-tambah pula bila Chef Wan dilantik jadi Duta, fuh! Lagi letops chuols. Dia pun akan mencuba resipi baru dari US PIZZA ni tau. haa, jangan macam-macam.


Eh, takmau sembang banyak mehla kita tengok sikit apa resepi rahsia yang ada dekat top 5 US PIZZA ni.

1. Tom Yam Chicken Delite Pizza

Sebagai tomyam lover kami memang suka sangat dengan pizza ni. Kalau boleh tu nak repeat hari-hari. Pizza ni sedikit pedas, kena sangat dengan tekak orang Malaysia, suka pedas-pedas kan. Hehe.

Ditambah pula dengan ayam tom yam, cendawan, nanas dan bawang akan memberikan semua rasa dengan setiap gigitan! Memang recommended sangat pizza ni untuk anda cuba.

2. Golden Ocean Salted Egg Pizza

Okay nie pertama kali kami makan pizza telur masin! Mula-mula tu macam tak berapa confident nak makan. Tapi bila masuk mulut jer, oh wow! Memang sedap weh.

Rasa Salted Egg Pizza ni sangat sedap di samping tekstur yang lembut dan tak ada pun bau hanyir telur pun. Ada udang dan sotong juga di bawah telur masin. Bukan tu jer, ada juga daun kari dan cili yang digoreng, ish memang 10 bintang kami kasi!

3. Cheese Boat Pizza

Berasal dari Georgia, pizza berbentuk bot ini sangat unik gais. Anda nak tahu dalam dia ada tiga jenis cheese, lepastu ditambah pula dengan telur dan beberapa lagi la bahan. Pergh memang padu!

Nak makan, kena gaulkan semua tu, baru rasa sedap dan chewy gitu. Anda juga boleh tarik keju ke atas kalau nak tengok sejauh mana ia boleh pergi! Mungkin ke langit 7. Haha, gurau jer.

4. Italiano Chicken Pizza

Ceriakan hari anda dengan Italiano Chicken Pizza ini gais! Sangat klasik. Nak pula bila di atas pizza tu dorang letak ayam herba Italiano yang lembut, cendawan, sos carbonara berkrim, dan herba campuran Italiano yang menyegarkan. Betul-betul umph!

5. Tuna Delite

Pizza Tuna Delite nampak sangat sedap dan menyelerakan! Bahan-bahan yang dorang masukkan ini memang perfect termasuk tuna, lada, nanas, bawang dan mayonis yang menggoda. Seksi! Jangan lupa cuba okay.

Chef Wan Specials

Okay dah cukup TOP 5 US PIZZA untuk anda cuba. Tapi macam rasa bersalah pula kalau tak bagi extra untuk anda. Haha. Meh sini kami kongsi dengan anda 2 resepi pizza special Chef Wan untuk anda. Letops tau!


6. Spicy Vietnamese Chicken Pizza

Kami nak bawa anda ke Ho Chi Minh dengan hidangan berinspirasikan Vietnam yang dicipta oleh Chef Wan sendiri!

Pizza lazat ini dihiasi dengan ayam berempah yang juicy, daun pudina segar dan banyak hirisan cili di atas pizza beserta sos Vietnam istimewa Chef Wan! Fuh kecur air liur dahni.

7. Wan-derful Prawn Pizza

Teringin nak makan hidangan makanan laut aromatik tradisional? Chef Wan ada untuk anda! Kalau anda nak tahu nama pizza ini pun dinamakan khas sempena nama Chef Wan tau.

Pizza ini memang sangat istimewa kerana ianya dilengkapi dengan udang yang sangat juicy, bunga kantan dan serai yang beraroma serta daun limau purut memang boleh buat anda jaw dropped!

Nak pula pes cili Thai yang sangat istimewa atas pizza ini memang betul mengancam. Pasti anda tak cari lain dah. Merecik!


Apa Ditunggu Lagi?

Apa yang kami suka sangat tekstur pizza dekat sini, tekstur dia sangat lembut dan tak rasa muak pun. Kalau pizza lain nak habiskan sekeping pun dah mengah weh. Satu lagi US PIZZA ni besar tau. Jauh lebih besar daripada pizza-pizza yang kami pernah makan sebelum ni!

Rugi sangat ler kalau anda tak pernah merasa lagi pizza-pizza di sini. Dah boleh plan dengan kawan-kawan dahtu untuk serbu US PIZZA berdekatan anda!

Untuk info lanjut anda boleh ke Website, Facebook, Instagram dan TikTok US PIZZA.