fbpx

Top 12 Pasangan Hebat Dalam Industri Muzik

Photobucket

Muzik bukan sahaja menjadi halwa telinga kita setiap hari tetapi muzik juga boleh menyatukan dua hati.

Sekarang ini banyak cerita-cerita panas tentang artis yang bercerai, cinta yang tak kesampaian, cinta artis putus ditengah jalan dan banyak lagi yang kita sering dengar. Benarkah cinta sejati tidak wujud dalam dunia hiburan?…

Mungkin persoalan itu terjawab nanti apabila kami ingin berkongsi dengan korang beberapa pasangan sweet dan adorable yang bertemu dalam industri seni muzik. Check out music star couples!

12. Noh Salleh dan Mizz Nina

Photobucket
Puteri R&B tempatan Mizz Nina telah perkahwin dengan ‘gula manis’ nya, Noh Salled, daripada band Hujan. Bibit percintaan mereka bermula ketika sama-sama berkolabrasi dalam lagu ‘Kurnia’. Sekarang, mereka dikenali sebagai Mizz NiNoh!

11. Tim McGraw dan Faith Hill

Photobucket
Mereka ialah penyanyi ‘country’ Amerika dan telah berkahwin selama 15 tahun. Soul2Soul II Tour 2006 merupakan jelajah yang paling berjaya berjaya untuk mereka.

10. Ryan Adams dan Mandy Moore

Photobucket
Penyanyi ‘country rock’ dan penulis lagu, Adam telah berkahwin dengan penyanyi remaja Amerika, Moore pada 2009.

9. Liam Gallagher dan Nicole Appleton

Photobucket
Bagi peminat Oasis dan All Saints, mungkin mengenali Liam Gallagher (Oasis) dan Nicole Appleton (All Saints). Mereka mula keluar bersama pada 2000 dan berkahwin pada 2008. Walaupun zaman Oasis dan All Saints telah lama berlalu tetapi pasangan ini kekal bahagia bersama.

8. Swizz Beatz dan Alicia Keys

Photobucket
Pemenang ‘Grammy Award R&B singer’, Alicia Keys dan American rapper, Beatz telah dikurniakan seorang anak lelaki pada akhir tahun lepas.

7. Blake Shelton dan Miranda Lambert

Photobucket
Satu lagi pasangan penyanyi muzik country ini mula bertemu pada CMT’s 100 Greatest Duets Concert 2006 dan berkahwin pada 2010. ‘Kimia’ yang terdapat pada mereka membuatkan mereka kelihatan hebat diatas pentas sebagai penyanyi county.

6. Justin Bieber dan Selena Gomez

Photobucket
Tidak perlu lagi kami memperkenalkan mereka kepada korang kerana mungkin akan ada yang termuntah. Kami teruja untuk melihat sejauh mana hubungan cinta remaja mereka ini. Good luck!

5. Keith Urban dan Nicole Kidman

Photobucket
Nicole Kidman bertemu Keith Urban pada 2005 dan berkahwin pada 2010. Mungkin korang lebih mengenali Nicole Kidman sebagai pelakon tapi jangan lupa dengan lagu-lagu beliau yang berhantu seperti Come What May duet dengan Ewan McGregordan, Something Stupid duet dengan Robbie Williams.

4. Nick Cannon dan Mariah Carey

Photobucket
Jodoh tidak kenal usia. Penyanyi, Mariah Carey berkahwin dengan rapper Nick Cannon yang mana lebih muda daripadanya 10 tahun.

3. Gavin Rossdale dan Gwen Stefani

Photobucket
16 tahun perkenalan dan 9 tahun perkahwinan menjadikan Gavin dan Gwen pasangan yang cukup ideal. Gwen pernah menjadi penyanyi latar kepada Gavin seperti ‘Can’t Stop The World’ dan ‘End of Me’.

2. Ben Gibbard dan Zooey Deschanel

Photobucket
Ben Gibbard ialah ahli kumpulan muzik indie rock, Death Cab for Cutie dan The Postal Service. Manakala Deschanel merupakan penyanyi utama band She and Him. Pasangan mzuik indie ini dikurniakan cahaya mata pada 2009.

1. Jay-Z dan Beyonce

Photobucket
Majalah Time menyenaraikan mereka sebagai pasangan paling hebat dalam 100 Most Influential people of 2006. Kemudian mereka juga tersenarai dalam Hollywood’s top-earning couple untuk Forbes. Salah satu lagu kolabrasi mereka yang paling hit ialah ‘Crazy in Love’ pada tahun 2003. Pasangan ini memang gila dalam bercinta.

trimas MSNBUZZ!