fbpx

Tony Fernandes Sah Beli 66% Queens Park Rangers Dengan RM150 Juta

Kenapa kisah Tony Fernandes ada di blog kami? Kerana beliau salah seorang idola pemilik blog ini. Jadi, sila senyap. HAHA!

Guardian UK hari ini melaporkan usahawan berjaya Malaysia ini telah berjaya memiliki 66% saham Queens Park Rangers (QPR) dengan harga £35 juta (RM150 juta).

Baki saham dalam QPR masih milik jutawan besi dari India, Lakshmi Mittal dan menantu beliau yang bertindak sebagai Pengerusi tahun lepas di’katakan bakal kembali bekerjasama dengan Tony Fernandes.

“Saya memang sentiasa mengintai peluang untuk terlibat dengan bola sepak terutamanya Liga Perdana Inggeris & QPR adalah peluang yang tidak akan saya lepaskan” kata Tony Fernandes kepada media.

Tony Fernandes juga tidak berselindung bahawa beliau ingin menjadikan QPR sebagai platform untuk mempromosikan AirAsia & Malaysia Airlines.

Jutawan penerbangan ini turut di’khabarkan akan menyuntik tidak kurang RM43 juta untuk QPR mencari pemain baru sebagai salah satu strategi awal untuk pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris ini.