fbpx

Tony Eusoff Memohon Maaf Kepada Peminat

Melalui Harian Metro, pengurus kepada Tony Eusoff, Azlan Ahmad menjelaskan bahawa pelakon itu memohon maaf terhadap peminatnya di atas apa yang berlaku. Tony baru-baru ini dihadapkan ke mahkamah kerana memiliki dadah terkawal di Singapura.

BACA: Tony Eusoff Dituduh Miliki Dadah Di Singapura?

“Dia berjanji tidak akan sorok apa-apa sehingga kes ini selesai,” kata pengurusnya kepada portal berita tersebut. Tambahnya, sepanjang tempoh tersebut, dia ada menghubungi Tony namun belum sempat berjumpa dengannya.

Menurut laporan Berita Harian Singapura, Tony didakwa memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.

Tony ditahan semasa sampai ke dewan ketibaan bas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada awal bulan lalu. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga hampir RM60,000 atau kedua-duanya sekali. Kes akan didengar lagi di Mahkamah Negara Singapura pada 12 April. (rtky/s)