Tony Eusoff Ke Mahkamah Kerana Memiliki Dadah Di Singapura?
Pelakon yang pernah membintangi Telefilem Saloma, Tony Eusoff telah diheret ke mahkamah Singapura semalam atas tuduhan memiliki dadah. Menurut laporan Berita Harian Singapura, Tony didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.
BACA: Tony Eusoff & Diana Johor Sertai Kelab Selebriti Saman Gulatis

Menurut laporan itu lagi, kertas pertuduhan itu menyatakan bahawa beliau memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.
Tony yang berada di Singapura bagi menjalani penggambaran drama The Hush yang bakal ditayangkan pada bulan depan, ditahan semasa sampai ke dewan ketibaan bas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada awal bulan lalu.
Dadah Kelas A disifatkan sebagai dadah paling berbahaya dan menagihkan di negara tersebut. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga hampir RM60,000 atau kedua-duanya sekali. Kes akan didengar lagi di Mahkamah Negara Singapura pada 12 April. (rkty/w)
Jom membeli di >> http://www.gerobokbuku.com/
habis …masak lah dlm jail singapore tu. bukan senang nk lepas.
ai hemsem hisap dadah ke
apa plak..ko ingat yg hodoh je ke kaki tarik ganja?
Kalau terbabit meringkuk la lebih lebih Di Singapore. No chance la.
jadi kaldai dadah ke?
satu paket je…keldai dadah apa??
baca la betul2 peah.
I remember last time in sarawak, we went for AIFFA 2015. One night we all lepak dekat kedai makan the he gave something like cookies to one of the actress. Inside the cookies got ganja or something.
Nak Pendapatan Alternatif
Jom Klik : http://goo.gl/xTn29f
hoi lizina…udah2 la meniaga hoi. agak2 la.