fbpx

Tony Eusoff & Diana Johor Sertai Kelab Selebriti Saman Gulatis

(Sumber Berita & Gambar: Terima Kasih Siti Azira Abd Aziz & mStar Online)

Nampaknya memang benar’lah reputasi Gulatis akan semakin hitam dalam industri tekstil negara kita. Empat saman setakat ini untuk kes serupa.

Terbaru, Tony Eusoff & Diana Johor memfailkan saman berjumlah RM500,000 setiap seorang melalui peguam bersama mereka.

Saman di’kemukakan atas alasan yang sama dengan Eja & Zahnita — menggunakan gambar mereka sebagai pelaris tanpa kebenaran.

“Ia ibarat orang mengguna barang dan imej kita tanpa sebarang pengetahuan dan budi bicara sedangkan kita mempunyai hak”

“Peguam kami telah menghantar notis kepada pihak Gulatis namun tiada sebarang respons,” kata Tony Eusoff kepada media hari ini.

Eja sebelum ini mendapat RM20,000 sebagai ganti rugi daripada Gulatis atas dakwaan melanggar perjanjian.

Saman yang di’kemukakan oleh Zahnita berjumlah RM2 juta masih dalam perbicaraan pihak mahkamah.