Tomok Tak Terasa Hati Baju Merah Dikritik Hetty Koes Endang
Persembahan Tomok diminggu kedua Gegar Vaganza bukan sahaja menjadi perhatian, malah busana sut merah berinspirasikan crop blazzer era 80-an dengan seluar carrot cut yang digayakannya juga turut mencuri tumpuan termasuk salah seorang juri tetap, Hetty Koes Endang.
Selepas persembahan, Hetty memberikan komen pakaian yang digayakan tidak sesuai dengan lagu disampaikan iaitu Janji Padamu nyanyian kumpulan Exist.
BACA: Kereta Bocor Masuk Air, Keluarga Tomok Dipuji Susah Senang Bersama
Memetik mStar Online, Tomok bagaimanapun berkata dia tidak terasa hati mahupun sedih dengan komen diberikan serta mengatakan busana rekaan Hatta Dolmat itu adalah ideanya.
“Memang look ini yang Tomok minta pada Hatta Dolmat. Saya tak pernah pakai macam ini, jadi saya nak cuba.
“Masing-masing ada pendapat tersendiri, saya terima apa yang Bunda (Hetty) cakap. Mungkin ada betulnya. Perkara positif atau negatif kita terima dan akan diperbaiki lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Tomok berkata dia tidak memikirkan tentang gelaran juara sebaliknya mahu menghiburkan peminat yang sentiasa menyokongnya.
“Memang atau kalah, saya akan lawan… Jadi apabila naik ke pentas, saya akan berikan yang terbaik,” katanya.
Di konsert minggu kedua GV9, Tomok mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 80 peratus dan Roy Kapilla yang tersingkir mendapat markah paling rendah iaitu 53.20 peratus.
- SUMBER
- mStar Online
Aku lerati ner si hetty tu taram dan geram nengok baju dia tu dah lama dia nak
Aku perati jer si hetty tu taram dan geram nengok baju dia tu dah lama dia nak
Tomok, I respect your positive attitude towards any comment. U mmg seorg yg +ve, berbakat, vokal mantap, nyanyi dgn feel yg cukup bagus (from the heart & mind) & cukup me?endah diri.
merendah diri.
haah tengok cm klakor je tp tula dh tu yg dia nk rse pakai..good job tomok x mudah melatah…
walaupn sy x tgk pn gv..huhu
Artis gini kita patut sokong! Tak mcm artis kertu n gila glammm lain melatahhh mcm nk mampos. Nk betul jekk gilaa taik perangai. Hope Tomok menang. Boringg seyhh org tahu Jac akan juara…hope tomok juara mcm Alif. Sebab attitude yg baik. Shila amzah tue perasan mangkuk je meluat nyah!