fbpx

Kereta Bocor Masuk Air, Keluarga Tomok Dipuji Susah Senang Bersama

Baru-baru ini, penyanyi Tomok berkongsikan videonya sekeluarga menaiki kereta pertamanya Kancil yang baru sahaja diambil dari bengkel selepas membaiki beberapa kerosakan.

Namun, meskipun penghawa dingin sudah dibaiki, lain pula yang terjadi apabila keretanya itu mengalami kebocoran pada tingkap ketika memandu dalam hujan.

BACA: Netizen Puji Tomok Tak Kisah Belajar Mengaji Dengan Isteri

Apa yang menjadi perhatian, anak keduanya Andrashah Iman dilihat menjadikan sehelai kain sebagai penghadang setelah tingkap penumpang sebelah kanan dimasuki air hujan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Perkongsian video Tomok itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang mengagumi keluarga itu yang melalui susah senang bersama-sama.

Malah, ramai yang memuji Tomok dan isteri yang membesarkan anak dengan baik tentang dunia realiti kehidupan sukar.

Tomok mendirikan rumah tangga dengan Rahayu Abas pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan dua orang anak lelaki tersebut serta seorang cahaya mata perempuan bernama Siti Khadijah.