Sekian lama menanti kehadiran cahaya mata perempuan, Tomok dan isterinya, Ayu Abas selamat menimang cahaya mata ketiga mereka Khamis lalu. Menerusi satu video di Instagram, nama anak perempuan Tomok itu diumumkan oleh dua anak lelakinya.

Persis nama isteri Rasulullah, Tomok dan isteri memberi anak perempuan mereka dengan nama Siti Khadijah Binti Shah Indrawan.


BACA: Isteri Tomok Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

View this post on Instagram

alhamdulillah ??

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Perkongsian Tomok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji nama yang dipilih untuk anak perempuan mereka. Malah, ramai yang mendoakan semoga anak perempuan Tomok membesar menjadi anak yang soleh seperti Srikandi Islam Siti Khadijah.

Dalam pada itu, ramai yang memuji kecomelan kedua-dua anak lelaki Tomok yang sangat  bijak dan petah bercakap.

Terdahulu, Tomok meluahkan rasa syukur kehadiran cahaya mata ketiga itu merupakan detik yang dinanti memandang dia dan isteri telah memiliki dua anak lelaki.

“Alhamdulillah impian mahukan anak perempuan ini lebih kepada isteri saya… Rezeki menyebelahinya.

“Sebelum ini, kami dikurniakan dua hero. Kali ini, isteri saya ada geng. Bolehlah pakai sedondon nanti,” katanya kepada BH Online.

Tomok mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun.