fbpx

Isteri Tomok Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Tomok dan isteri, Ayu Abas diatas kehadiran bayi perempuan yang merupakan cahaya mata ketiga mereka. Berita gembira itu dikongsikan oleh Tomok menerusi Instagram sebentar tadi.

Tomok juga sebelum itu sempat memuat naik gambar semasa berada di bilik bersalin ketika menemani isterinya. Turut memuat naik wajah comel anak ketiga mereka, Tomok meluahkan rasa syukur di atas kelahiran cahaya matanya itu.

BACA: Tomok, Isteri Bakal Timang Anak Ketiga

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan turut menzahirkan ucapan terima kasih buat mereka yang mendoakan buat isteri dan anaknya. Bagaimanapun, Tomok belum mendedahkan lagi nama puterinya itu.

Tomok dan Rahayu mendirikan rumah tangga pada 2011. Pasangan ini mempunyai dua orang anak lelaki Arrianshah Akid, 9 dan Andrashah Iman, 5 tahun.