Pengumuman manfaat menerusi peluang pekerjaan yang disediakan kerajaan menerusi inisiatif pemulihan Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (Cendana) berjumlah RM10 juta mendapat feedback positif dari kalangan beberapa rakan artis.
Antaranya adalah penyanyi, Tomok dan juga pengarah dan penerbit, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.
Bagi Tomok, Cendana adalah satu perkara yang sangat positif untuk industri kreatif dari segi filem, muzik dan sebagainya. Jelasnya, sejak COVID-19 melanda negara kita setahun lepas, banyak kerja yang tak boleh dibuat dan ia melibatkan bukan sahaja artis tapi juga orang di belakang tabir.
Tambahnya, bila adanya inisiatif ataupun dana dari kerajaan ini, ianya satu benda yang sangat bagus dan positif.
Ia bukan saja membantu artis dalam menjalani kehidupan tapi turut membantu orang di belakang tabir di samping dapat merancakkan lagi industri kita untuk menghasilkan lagi karya-karya yang lagi bagus.
Terkesan Teruk
Tipu sangat kalau golongan artis tak terkesan dengan kehadiran mengejut COVID-19 di negara kita ini kan. Macam tu juga apa yang Tomok beritahu kami semasa dia ditemubual oleh kami.
Jelasnya, dia juga turut terkesan dengan COVID-19 ini selepas ia mula menyerang tahun lepas.
“Memang terkesan teruk. Bukan artis jer tapi satu dunia terkesan. Dari segi skop pekerjaan pula, tahun lepas adalah tahun yang menguji semua orang dan juga industri kreatif apabila kita tak boleh nak buat event dan juga aktiviti lain. Memang sangat terkesan.”
“Jadi bila sekarang ni dah boleh start kerja balik macam biasa, ianya satu perkara yang baik untuk industri filem dan juga semua yang terlibat terutamanya orang-orang industri. Nak pula sekarang ini kita dah mula menyambut Ramadan, ada juga pendapatan untuk kami.”
Jelasnya lagi, bila adanya dana ini dan juga boleh mula kerja semula, perkara ini yang kita perlu bersyukur. Dalam masa yang sama, kita kena jaga SOP sebabnya COVID-19 tu masih lagi ada.
“Walaupun kerajaan dah beri kelonggaran kepada kita, kita kena sentiasa berjaga-jaga. Jaga SOP dan jaga jarak.”
Inisiatif Ini Sangat Bagus
Bagi pengarah dan penerbit, Raja Mukhriz pula berkata Inisiatif Pemulihan Cendana ini adalah salah satu boosting yang sangat-sangat baik kerana ia boleh memangkinkan dan menggerakkan balik industri kreatif.
“Tak kisahlah muzik ke, drama ke atau filem, kehadiran COVID-19 memang memberi kesan terutamanya selepas kerajaan mengumumkan PKP dulu.”
“Jadi, Inisiatif Pemulihan Cendana ini sangat bagus dan seharusnya ini jadi benchmark. Kita pun tak tahu apa yang bakal terjadi di kemudian hari. Mungkin hari ini virus datang, entah esok atau lusa kita pun tak tahu apa lagi yang menunggu kita. Alhamdulilah Inisiatif Pemulihan Cendana ini sangat-sangat baik untuk industri kreatif.”
Kesan COVID-19 Ini Sebagai Satu Rantaian
Bila ditanya berkenaan kesan daripada COVID-19, ini jawapan yang diberi Raja Mukhriz.
“Kesan ni sebagai satu rantaian. Kalau kita tak dapat produce macam saya contohnya, sebagai pengarah dan penerbit, jika kita tak ada projek karya untuk tv station ke apa, yang effectnya adalah melibatkan kepada rantaian pekerja-pekerja.”
“Jadi macam saya sebagai penerbit, sekiranya ada job dan shooting bolehlah saya menggajikan banyak pekerja. Jadi apa yang terjadi setahun yang lepas tu, dimana proses ini tak dapat dilakukan dan ianya memberi kesan kepada kreatif industri yang bukan hanya filem sahaja tapi termasuk juga dengan muzik sekali. Tak boleh nak berkarya dan buat job tu.”
Satu Benchmark Yang Bagus
“Bagi saya Inisiatif Pemulihan Cendana ini adalah satu benchmark yang bagus. Dan usaha-usaha seperti ini perlu dilakukan tetapi kita juga sebagai warga kreatif jangan mempersia-siakan usahah ini.”
“Bukan sahaja Cendana tapi juga inisiatif yang lain seperti PRISMA di bawah FINAS contohnya, harus digunakan sebaik mungkin kerana ini adalah pengalaman pertama bagi semua orang.”
Beri Sinar Baharu
Inisiatif Pemulihan Cendana ini dijangka diterima lebih 3,000 golongan artis dan pekerja budaya dalam industri kreatif negara.
Ini juga adalah sebahagian bantuan kewangan sebanyak RM150 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu industri kreatif yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Bantuan ini juga akan memberi sinar baharu kepada komuniti seni dan budaya di negara kita. Ia juga bagi memastikan industri tersebut kembali bergiat aktif.