fbpx

Tomok, Isteri Bakal Timang Anak Ketiga

Tahniah diucapkan kepada Tomok dan isteri, Rahayu Abbas yang bakal menimang cahaya mata ketiga. Perkhabaran gembira itu diumumkan menerusi Instagram sebentar tadi dimana Tomok turut berkongsikan foto alat ujian kehamilan.

Difahamkan, alat ujian kehamilan tersebut memaparkan usia kandungan melebihi tiga minggu. Menerusi perkongsian tersebut, Tomok meluahkan rasa syukur di atas berita gembira itu dan turut mendoakan segalanya dipermudahkan.

BACA: Bekas Mak Nyah Akui Terkesan Dengan Lagu Tomok

“Alhamdulillah satu berita gembira untuk kami sekeluarga. Ayah doakan ibu di permudahkan segalanya. Arrian dengan Andra nak dapat adik. Alhamdulillah, terima kasih Allah,” tulisnya.

Tomok dan Rahayu mendirikan rumah tangga pada2 Julai 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, 8 tahun dan Andrashah Iman, 5 tahun

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada pasangan ini. Semoga kehamilan anak ketiga ini berjalan dengan lancar dan dipermudahka