fbpx

Bekas Mak Nyah Akui Terkesan Dengan Lagu Tomok

Baru-baru ini, tindakan penyanyi Tomok menggayakan pakaian perempuan dalam muzik video terbarunya menerima pelbagai kecaman dan para agamawan turut menyifatkan perbuatan itu tetap salah walaupun niat untuk berdakwah.

Bagaimanapun, Tomok meluahkan rasa syukur apabila muzik videonya itu memberi impak posifif kepada segelintir peminatnya. Menerusi Instagram, Tomok berkongsikan komen yang diterima dari seorang peminat yang mengakui terkesan dengan jalan penceritaan muzik video single terbarunya berjudul Bekas Kekasih.

BACA: “Ya, Saya Salah Tapi Ambillah Mesej Yang Baik”

Individu tersebut memberitahu jalan cerita lagu tersebut hampir sama dengan kisah silamnya yang pernah menjadi seorang maknyah tiga tahun lalu dan mengakui menyesal diatas tindakannya yang memilih jalan songsang.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji muzik video tersebut yang sarat dengan mesej dan berjaya menyampaikan dakwah secara halus. Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan agar golongan tersebut akan berubah dan bertaubat.