fbpx

Tomok Akui Bimbang Dengan Populariti Anak

Telatah dan juga populariti anak sulung Tomok, Arrianshah Akid yang kini berusia 3 tahun sebenarnya memang mencuit hati tetapi dalam masa yang sama turut membuatkan Tomok berjaga-jaga lebih-lebih lagi apabila mereka berada di luar kawasan rumah.

BACA: Di Sekitar Majlis Aqiqah Anak Kedua Tomok, Andrashah Iman

“Memandangkan Arrian dikenali, saya dan isteri (Siti Rahayu Abas) sentiasa mengawasi setiap gerak-gerinya terutama apabila berada di pusat beli belah. Risau juga, sekarang ini macam-macam hal boleh berlaku. Cuma saya dan isteri sekadar ambil langkah berjaga-jaga,” katanya kepada mStar Online.

Tambah pelakon ini, dia bukanlah berniat mahu mendedahkan anak-anaknya di laman sosial tetapi hanya sekadar mahu berkongsi perkembangan terbaru cahaya matanya bersama para peminat yang tidak putus-putus menyokongnya.

Lebih menarik lagi, Tomok menjelaskan bahawa Arrian mula cemburu terhadap Andra lebih-lebih lagi melihat ibu bapanya bersama adiknya. Malah walau apa pun, menyanyangi adiknya itu. (rtky/s)