fbpx

Tom Selesa Bersalin Di Hospital Kerajaan

Sepatutnya dijangka bersalin pada 24 Februari, penyanyi Tom memberitahu dia akan melahirkan cahaya matanya itu lebih awal  selepas kandungannya mengalami pelbagai komplikasi.

Menerusi perkngsian di TikTok, Tom berkongsikan anaknya sebelum ini dilahirkan di hospital kerajaan dan baginya mana-mana hospital sama sahaja dalam masa yang sama dapat berjimat.

BACA: Hamil Anak Keempat, Tom Suka Makan Limau Sekali Dengan Kulit

“Pada saya mana-mana hospital sama sahaja. Dekat hospital kerajaan pun saya boleh minta epidural. Malah saya sudah biasa beranak di hospital kerajaan, anak-anak saya yang sebelum ini semua hospital kerajaan.

“Saya sayang duit, beza swasta dan kerajaan bukan beza sedikit tapi banyak. Saya pernah periksa kalau bersalin normal di swasta harganya RM6000 hingga RM7000,” katanya.

Tom turut berkongsikan pengalaman bersalin di hospital kerajaan serta memuji layanan di hospital tersebut. Katanya lagi, duit yang ada boleh digunakan untuk keperluan bayi.

“Saya dulu duduk lima hari bersalin dekat hospital kerajaan siap dapat epidural bayar RM24 sahaja. Rasa sakit sama sahaja.

“Layanan hospital kerajaan pun bagus. Saya bukan nak kedekut, tetapi saya rasa duit itu boleh guna untuk keperluan lain seperti barang-barang bayi. Duit nak cari bukan senang,” katanya.

Menurut Tom, dia mendedahkan ada menerima mesej daripada pengikutnya yang bertanyakan mengapa dia tidak bersalin di hospital swasta.

“Kadang-kadang ada juga yang mesej saya tanya kenapa saya artis tetapi bersalin di hospital kerajaan, saya jawab artis pun boleh apa beranak dekat kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Tom mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Fuad pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia.