fbpx

Tom, Fuad Nikah Sebelum Puasa

Penyanyi Fuad Rahman mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang juga penyanyi, Tom, sebelum Ramadan ini.

Memetik Harian Metro, Fuad berkata dia dan Tom merancang untuk melakukan yang wajib terlebih dahulu dan majlis resepsi akan diadakan selepas hari raya.

BACA: Dituduh Penyondol, Tom Ikhlas Nak Jaga Fuad Rahman

“Perancangan untuk majlis pernikahan ini juga mendapat restu daripada keluarga kedua belah pihak. 

“Kami mahu mengadakan majlis pernikahan terlebih dulu dan majlis resepsi pula mungkin akan dibuat selepas Aidilfitri nanti,” katanya.

Disember tahun lalu, Fuad mengaku menjalin hubungan cinta  dengan Tom. Fuad berkata Tom antara individu yang banyak memberi kekuatan kepadanya serta menyelamatkannya daripada terjebak dalam penyalahgunaan dadah.