fbpx

Dituduh Penyondol, Tom Ikhlas Nak Jaga Fuad Rahman

Penyanyi Tom dikecam oleh netizen sehingga dituduh penyondol serta punca keretakan rumah tangga kekasihnya seleaps mendedahkan hubungan cinta dengan Fuad Rahman.

Memetik mStar Online, Tom menafikan tuduhan serta serta menjelaskan hubungan Fuad dengan bekas isterinya sudah pun berakhir. Ujarnya, bekas isteri Fuad juga tahu mengenai hubungan mereka.

BACA: “Tom Banyak Bantu, Selamatkan Aku Dari Menghisap Balik Benda Tak Elok” – Fuad 

“Tak tahulah nak cakap apa. Saya kenal dia sebelum sertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9). Baru sekarang ini kami kembali bercinta. 

“Hubungan dia dan bekas isteri dah berakhir, cuma ada beberapa urusan belum selesai. Bekas isterinya pun tahu hubungan kami dan saya bukan penyondol,” katanya.

Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila ada individu memberikan komen mendakwa Fuad masih suami orang dan turut meminta bukti penceraiannya dengan bekas isteri di mahkamah. 

Dalam pada itu, Tom mengetahui bahawa hubungan Fuad dan bekas isterinya bermasalah. Ujarnya, dia sudi menerima cinta Fuad dan sentiasa memberi sokongan buat kekasihnya itu.

“Sejak jumpa di GV9, hubungan dia dengan isteri memang dah bermasalah. Saya kesian melihat dia melalui waktu sukar.

“Saya juga tengok bukti perbualan hubungan mereka dilanda masalah ketika itu. Saya terima untuk kembali bercinta kerana ikhlas mahu menjaga dia. Dia perlukan seorang teman,” katanya.