fbpx

Baru-baru ini, peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Fuad Rahman mengaku menjalin hubungan cinta dengan peserta GV9 iaitu Tom. 

Menerusi satu perkongsian video di Facebook, Fuad menjelaskan Tom bukan punca dia dan isterinya bercerai sebaliknya dia dan isterinya, Siti Zulaiha sepakat berpisah secara baik dan kini dalam proses perceraian.

BACA: “Anak-Anak Saya Sayang Fuad, Panggil Dia Bapak” – Tom

“Aku nak jelaskan, penceraian ini tiada kena mengena dengan Tom. Takdir kami bertemu semula, aku dalam keadaan susah ketika dalam GV9.. orang yang ramai tahu status aku masa tu.

“Aku kalau boleh nak selamatkan (rumah tangga), tapi isteri pun dah tak nak jumpa. Aku tetap kawan dengan dia tapi tak rapat,” katanya.

Menurut Fuad lagi, Tom antara individu yang banyak memberi kekuatan kepadanya serta menyelamatkannya daripada terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

“Aku bukan kuat sangat.. mujur ada orang macam ibu aku.. Tom di sisi. Orang sekeliling yang aku campur, bukan budak-budak baik. Tapi aku tak pernah buang kawan, walaupun dorang penagih ke tetap kawan aku, mereka manusia, hamba Allah.

“Aku tak paksa korang, suka ke tak suka ke.. tu hak masing-masing. Pengaruh orang sekeliling boleh buat berubah la macam aku sekarang, kira alhamdulillah la.

“Cuba nak bagitahu.. dia (Tom) banyak membantu saya. Selalu berada di sisi aku, selamatkan aku daripada menghisap balik benda-benda tak elok, buat perangai merepek, solat jaga, setakat ni alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, Fuad berkata cintanya berputik kembali kepada bekas kekasihnya itu sejak minggu kedua bersama GV9 dan meluahkan perasaannya pada Tom dua minggu lalu.

Fuad berkata dia mahu menebus kesilapannya sebelum ini kerana meninggalkan penyanyi itu dan akan menjaga perhubungan mereka serta merancang untuk berkahwin.