fbpx

“Anak-Anak Saya Sayang Fuad, Panggil Dia Bapak” – Tom

Peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Fuad Rahman mengaku menjalin hubungan cinta dengan peserta GV9 iaitu Tom. 

Fuad berkata cintanya berputik kembali kepada bekas kekasihnya itu sejak minggu kedua bersama GV9 dan meluahkan perasaannya pada Tom dua minggu lalu.

BACA: Kini Bercinta, Fuad Rahman Rancang Nikahi Tom

Memetik Astro Gempak, Tom berkata kedua-dua anak lelakinya iaitu Putera Adler Iesta dan Putera Evans Ezra senang dengan teman lelakinya itu.

Kata Tom lagi, kedua-dua anaknya itu memanggil Fuad dengan panggilan bapak dan sangat menyayanyinya seperti bapa kandung.

“Anak-anak saya sayang dia. Sayang sangat. Iyalah, Fuad ni cucu pun dia dah ada jadi dia pandai ambil hati budak-budak. Kalau saya tak kenal dia, saya takkan terus sayang dia.

“Disebabkan saya mengenalinya juga, saya berani untuk kenalkan kepada anak-anak. Lucunya anak-anak saya panggil dia bapak. Memang old school. Kalau awal-awal dulu mereka memang panggil uncle,” katanya.

Dalam pada itu, Tom berkata dia bakal bertemu dengan keluarga Fuad di Singapura minggu depan. Ujarnya lagi, Fuad sudah pun bertemu dengan keluarganya.

“Keluarga kami pun sebenarnya kenal satu sama lain. Dulu kami sama-sama penyanyi kelab dan pernah bersama-sama (bercinta) sebelum ini.

“Cuma hubungan kami ketika itu on-off. Ada banyak kejadian yang menyebabkan kami akhirnya terputus hubungan. Apa yang saya boleh kongsikan, dia pun dah berjumpa dengan keluarga saya, baru saja semalam dan minggu depan saya pun akan ke Singapura untuk jumpa keluarga Fuad,” katanya.