fbpx

Baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu ada memuat naik foto di Instagram memaparkana seorang lelaki berpakaian uniform menjadi perhatian netizen.

Menerusi entri itu, Shuib berkata wajah lelaki yang merupakan seorang tentera itu seakan sama dengannya namun individu itu bukan dirinya.

BACA: “Tak Salah Saya Pilih Watie…InsyaAllah Saya Tahu Mana Baik, Buruk” – Shuib

Shuib turut bertanya kepada pengikutnya sama ada mengenali lelaki tersebut serta meluahkan hasrat mahu bertemu dengan individu yang mempunyai wajah miripnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Ye, macam sama, tapi bukan, salah, salah. Ada yang kenal abang ni? Tolong tag dia please. Teringin nak jumpa,” tulisnya.

Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang bersetuju bahawa wajah individu itu sememangnya mirip pelawak berkenaan.