fbpx

To’ki Pindah Rumah Baru, Tak Perlu Bayar Sewa Setahun

Baru-baru ini tular mengenai kehidupan penyanyi terkenal era 90-an, To’ki yang tinggal di sebuah pondok usang di pinggir hutan. Kisah To’ki itu mendapat perhatian ramai pihak termasuk Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Menerima bantuan rumah daripada pihak Zakat, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur meluahkan rasa syukur tidak terhingga dan tidak menyangka ramai yang mengambil berat akan dirinya serta diberikan bantuan sedemikian.

BACA: Dituduh Tak Ingat Ayah, Anak To’ki Dedah Cerita Sebenar

“Tak pernah saya jangka akan dapat perhatian sebegini rupa, sampai macam ni orang ramai ambil berat terhadap diri dan keluarga.

“Terima kasih kerana beri sokongan agar saya dapat hidup dengan baik dan terus berkarya. Insyallah pengisian dalam karya-karya saya selepas ini akan meletakkan Allah sebagai perkara pertama,” katanya kepada mStar Online.

Difahamkan, To’ki menerima sebuah rumah flat tiga bilik tidur di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur dan turut dilengkapi dengan perabot-perabot asas.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff memberitahu To’ki tidak perlu bimbang tentang bayaran sewa bulanan kerana ia akan ditanggung selama setahun. Malah, rumah tersebut turut di

“Buat masa ini To’ki tak perlu rlsau tentang sewa bulanan di mana ia akan ditanggung pihak kami untuk tempoh sehingga satu tahun. Kemudian ia akan dibincangankan kembali mengikut keperluan.

“Apa yang penting To’ki dapat terus berkarya demi kelangsungan hidupnya bersama isteri,” ujarnya.