Dituduh Tak Ingat Ayah, Anak To’ki Dedah Cerita Sebenar
Baru-baru ini tular mengenai kehidupan penyanyi terkenal era 90-an, To’ki yang tinggal di sebuah pondok usang di pinggir hutan. Namun, lain pula isu dibangkitkan netizen yang tertanya-tanya kemana anak-anak penyanyi itu dan mengapa tidak membantu bapa mereka.
Didakwa tidak ingat pada bapa kandung, anak kedua hasil daripada pernikahan To’ki dengan isteri terdahulu iaitu Noor Hidayah tampil bersuara. Tiada niat memburukkan, Hidayah berkata langkah itu diambil demi kepentingan ibu dan adik-beradiknya.
BACA: Ustaz Ebit Sebak Lihat Kehidupan Daif To’ki Tinggal Di Pondok Kecil
Menurut Hidayah kali pertama dan terakhir dia bertemu To’ki adalah ketika penyanyi tersebut menjadi wali nikahnya empat tahun yang lalu. Sejak bapadanya berpisah dengan ibunya sejak 16 tahun lalu, itu merupakan kali pertama dia menatap wajah To’ki.
“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.
“Saya harap apa yang saya luahkan ini dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti apa yang dianggap mereka,” katanya.
Mendedahkan kisah sedih kehidupan mereka bersama ibu selepas ditinggalkan ayah sejak 16 tahun lalu, Hidayah berkata ibunya selama ini yang bersusah payah mencari rezeki dan menghantar mereka ke sekolah dan universiti tanpa kehadiran ayah disisi ketika itu.
Hidayah berkata ketika zaman kegemilangan bapanya, ibu dan adik beradiknya ditinggalkan tanpa ada apa-apa. Ujarnya ketika itu bapanya sudah berkahwin dengan isteri baru dan tidak langsung mengejuk mereka apatah lagi memberi nafkah.
Bagaimanapun, Hidayah berkata dia dan adik beradik tidak pernah berdendam dan mendoakan yang terbaik buat ayah kandungnya itu. Ujarnya, apa yang dilalui bapanya itu mungkin salah satu dugaan atas apa yang dilakukan suatu ketika dahulu kepada mereka.
“Sudah tentu saya sedih melihat keadaan ayah, tapi itu jalan yang dia pilih. Mungkin itu juga dugaan atas apa yang dilakukan ke atas kami.
“Kami doakan yang terbaik buat ayah. Kami mahu ayah mendapat kehidupan yang lebih baik. Sebenarnya, kami semua selalu ingat pada ayah. Buruk macam mana pun, ayah tetap ayah kami,” katanya.
Dalam salah satu kenyataanya, To’ki telah meminta maaf kepada semua pihak yang pernah terguris kerananya pada masa lampau dan enggan memanjangkan lagi segala dakwaan-dakwaan yang dilakukan oleh orang ramai.
Hasil perkahwinan terdahulu, To’ki mempunyai lima orang anak. Anak sulungnya kini berusia 28 tahun iaitu Mohd Hafizi, Noor Hidayah,27, Noor Husna,22, Noor Aishah,21, dan Mohd Hairi Hanis, 18.
- SUMBER
- BH Online
Ramai je lelaki perangai cam gini…waktu zaman kegemilangan, ada kerja bagus, ada kuasa, ada harta…hidup menongkat langit sombong riak tak boleh ditegur, menzalimi anak anak isteri…bila ditegur tangan naik ke kepala…kaki enjoy kaki betina last kaki judi, bila dah tua berpenyakit harta dan hilang segala2nya, hidup merempat anak anak pun buat tak peduli…
Betul tu dulu suami kwn bnyk mcm ayam atau kucing jek. Ada yg tinggal gantung x bertali tanpa nafkah pun. Lps tu bila anak dah besar jumpa nk bergaduh pulak. Jantan2 mcm ni atas dunia mungkin lps tp nnt dlm kubur ko tunggu bahagian ko sekor2!!
Paling sial suami taik judi/taik dadah dan macam macam taiik lagi selagi tak papa kedana selagi tak jadi mayat hidup selagi tak merempat selagi itu tak berubah…berjudi sampai tinggal spenda ada duit pergi berjudi dulu, duit dh habis baru balik rumah.
Suami pembimbing isteri, tapi kebanyakkan suami yg ada skrg perosak keluarga…ada duit lebih aje mesti cari lobang baru,Anak2 berterabur sana sini…moment paling best tgk bila duit depa dah habis isteri baru muda belia pun angkat kaki, masa tu baru tau langit tinggi rendah…Sakit terlantar sebatang kata macam cerita baru ni, gelandangan kecewa bila keluarga berjanji nk ambik tp bila tiba masa yg dijanjikan tak muncul.
Walaupun saya juga pernah mengalami dapat lelaki yg tak guna tp saya tak ‘chop’ semua lelaki tak guna, ramai lagi lelaki yg baik dan setia, mcm suami saya skrg. Dalam hal ni, anggap saja beliau telah pun terima pembalasan atas dunia, mudah2an lepas dari seksaan di akhirat. Dosa2 kita pula bagaimana, semoga Allah mengampunkan segala dosa2 kita semua dan kita tergolong dlm kalangan org2 yg bertanggungjawab dan beriman kpd Allah.. aamiinn
Kä?må.. Itu jerk yg aku naik naipppp
Ada berlaku dlm family kita. Kita bkn mrh kakak bermdu tahun 80an menikah..tpi abg ipar tahu buat anak je. Duduk di bndar KL ..masa tu rmh stiggn byk. Duduk rmh stinggn bkn msalh..tpi yg msalah..kakak hmil..lki dia hilg semula..x sedar dah byk anak. Anak kedua ktiga ke 5..tak smpat di dukung si bpa masa kecil…asik hilg je berbuln2 dn bertahun. Nsib kmi adik beradik ada mmbntu. Lebih baik cerai je kakak tu..dpt gak bntuan ppr dan duit baitulmal. Klau x cerai..mna dpt duit dn rmh ppr tu dulu2.
Nk berbini lebih. Duit tarak..tggungjwb x ada. Kini dh berlalu 40 tahun dah..anak2 dia bila bpa dia meninggal mgkn tak terkesan. Sbb dri kecil arwah laki kakak missing je memnjg.
Tpi…
Bila kawen dgn org asing yg bujg dn brtanggujwab..tahu pulak org2 lelaki kita nk mrh janda2 mlysia. Hakikatnya..mereka lebih bertggunjwb.
What u give u get back..
Dlm blok ppr..pprt..atau blok2 bnguna biasa2 mcm apartmnt2 ada Bai pnjual karpet ckp..dlm 10 pintu rmh org ..ada 8 jnda. 2 je bini org..so..apa korang rasa.
Dpt pulk jnda muda dn berkenaln lalu menikah dan bertggungjwb. Jgn salahkn pompuan mlyu menikh dgn diaorg.
Kpd jantan2 yg lari dari membayar nafkah dan tanggungjawab, kau tk boleh lari selamanye, balasan akan dtg at the right time
Mcm taik dadah je pun …lalok bila tua ini lah efek n kesanya pd otak nk idop pun malas.
makan diri tu.. muda2 cewah hebat dah tua org pun x hingin amek tahu wlpun ank sendiri :(
Ramai sebenarnya senasib dgn hidayah ni….apapun semoga anak2 yg senasib dgn anak Toki ni, dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat,bagi yg tersilap langkah tu semoga Allah melimpahkan hidayah agar kembali sedar dan akur pd tanggungjawab…. syukur Alhamdulillah kami beradik walaupun arwah ayah cuma peneroka, tapi kekal bahagia hingga akhir hayat arwah….
Masa tu awak mungkin masih kecil sek.rendah kann. Jgn jadikan konflik ibu bapa sbg penghalang utk kita berbuat baik ..Buruk manapun ttp Ayah Kita.. mungkin kerana doa dia awak berjaya dan hidup sng. Jumpalah Ayah sekali sekala …pupuklah hati utk berbuat baik walau dlm kecewa. Allah akan balas hati kita nnti.
Ehhh poyo la ko
SBNRMYA AKU DAH RSA MSTI ADE SHIT PUNYA DSBALIK CERITA TO’KI. SBB APA? SBB DIA SNDRI CKP, KLU MEIDA NK CERITA PSL KARIER DIA KE APA, TULISLAH. TP JGN TNYA TNTG PERSONAL LIFE DIA, ANK2 DIA. SO DH NMPK KN CERITA SBNR DRPD HDAYAH NI? JGN JUDGE KLU TAKTAU CERITA
Dah agak dah, kesian la kt anak2 ngn ex wife.. nk kata padan muka pon xbaik, just jgn ckp soal tanggungjawab anak2, klu ko sendiri pon xbertanggungjawab.. 5 anak? ramai tu!
Yang kutuk2 anak dia ni senang je bercakap. Korang tak pernah rasa apa yang dia rasa senang je suruh ambik bela dia semua. Kalau berpuluh tahun kau tak pernah jumpa bapa, bapa tak bagi makan semua, tiba2 kau nak suruh dia bela. Bapa tu dah jadi orang asing dah. Cakap atas nama agama senang la. Acah2 masuk syurga.
Klu die tak berubah. Masih lg lakok. Mata pon kuyu je. Toksah la beria nk kesian. Nk tolong. End up die cari benda haram tu lg
Yang dah jdi suami atau bapa tu anggap ni sebagai pengajaran dan peringatan. Jaga apa yg depan mata. Tak selamanya badan sihat, harap berbuat baik dan didik anak2 dgn baik jer.
Oiiiiii!!!!!! Biasan…..kaca itu….
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, mohon maaf sekiranya pendapat ini mengguris hati ramai. Bagi saya ikut aje hukum yang Allah swt dan Hadis Nabi saw.
Dalam banyak surah yang memberitahu jaga ibubapa. Al-Israk ayat 23, An-Nisa’ ayat 36, Al-Baqarah ayat 83, Al-Ana’am ayat 151, Al-Luqman ayat 14. Allah perintahkan supaya jaga ibubapa. Peliharalah mereka apabila sudah tidak terdaya.
Dalam hadis Nabi saw pun banyak memberikan nasihat dan keterangan agar supaya kita sebagai anak haram membenci ibu dan bapa sekalipun dia pelacur dan Haram syurga pada anak yang membenci ibubapanya.
Dia dah terima ujian-nya, jadi kita sebagai anak pula wajib memaafkan nya dan itu pula ujian yang Allah swt berikan pada kita sebagai anak, adakah kita berdendam mengikut sifat iblis.
Tutup cerita lama buka cerita baru, bermaafan sesama keluarga supaya Allah merahmati dan membimbing kita semua ke arah kejayaan dunia dan akhirat. Tak payahlah nak buka aib ayah sendiri atau anak sendiri. Dan kita sebagai pemerhati tak payahlah jadi batu api. Antara hak muslim terhadap muslim lain, adalah memberikan nasihat yang baik. Wallahualam.
Ya Allah janganlah berdendam. Layanlah ibubapa seperti Raja nescaya Allah akan melayanmu seperti Raja. Biasalah para bapa sering hilang arah. Inilah masa berbakti dalam keadaan beliau sedang susah. Allah akan membalasnya. Usah diingat kisah lalu. Allah sendang menguji kalian sebagai anak2 beliau.
Orioelle wah awk bercakap mcm maksum sangat. Macam mana nak layan orang macam raja sedangkan dia layan kita macam tahi? Ingat robot ke tak ada perasaan? Layan semampunya sudahlah. Dah nama pun hati pernah terluka. Sedap je nak menafikan perasaan orang. Bodoh.