fbpx

Penyanyi era 90-an, To’ki tidak mahu memberikan komen mengenai dakwaan dia enggan membayar tunggakan sewa rumah mencecah RM3,600 hingga diberikan notis keluar.  

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Sebelum ini pemilik rumah berkenaan Liza Mohamad membuat laporan polis terhadap penyanyi berusia 58 tahun itu.

BACA: 4 Tahun Tak Jumpa, Akhirnya Anak Terbuka Hati Bertemu To’ki

To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur turut didakwa mengganggu jiran kerana bertukang di tengah malam serta membiarkan kawasan rumah kotor.

Memetik Harian Metro, To’ki berkata dia masih tinggal di rumah berkenaan serta masih menunggu makluman daripada pihak Baitulmal yang akan mendapatkan tempat tinggal baru untuk dirinya sekeluarga.

“Ya, saya masih duduk di sini (rumah sewa) lagi. Saya masih menunggu makluman terbaharu daripada pihak Baitulmal sebab mereka akan carikan rumah sewa baharu untuk saya. Insya-Allah, hari ni saya ada temu janji dengan mereka,” katanya.

Terdahulu, To’ki dikatakan sudah tidak membayar sewa rumah sebanyak RM900 sebulan dan sudah tertunggak selama empat bulan dari Jun sehingga September.

Malah, bil elektrik juga tidak pernah dibayar dan kini sudah mencecah RM7,000. Pemilik juga telah memberikan notis untuk mengosongkan rumah berkenaan namun perkara itu tidak diendahkan dan masih tinggal di rumah berkenaan.

Dalam pada itu, pemilik juga memberi kebenaran kepada To’ki untuk tinggal di rumah tersebut sehingga 31 Oktober ini selepas bertemu dengan pegawai dari Baitulmal yang turut melangsaikan tunggakan sewa serta bil elektrik.