fbpx

To’ki Keluar Parang Sebab Nak Pertahan Diri, Kesal Dipanggil Pengemis

Penyanyi To’ki mendakwa dia bertindak mengeluarkan sebilah parang susulan pemilik rumahnya datang secara berkumpulan untuk menuntut sewa tertunggak.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menerusi temu bual bersama Melodi, penyanyi berusia 58 tahun itu berkata tindakannya itu kerana mahu melindungi diri serta kesal apabila dipanggil pengemis.

BACA: “Tunggu Baitulmal, Mereka Akan Carikan Rumah Sewa Baru Untuk Saya” – To’ki

“Bayangkan apabila tuan rumah datang pukul 12 tengah malam bawa orang ramai depan rumah memanggil saya penggemis… Kenapa cakap macam tu?

“Saya mesti lindungi keluarga saya, ibu mentua saya kena strok dua tahun. Kalau tengah malam datang nak halau saya sampai bawa enam ke lapan orang… untuk lindungi diri saya ambil parang,” katanya.

To’ki turut menjelaskan dia hanya tidak membayar sewa rumah selama dua bulan kerana tidak dapat bekerja dan perlu menjaga mentua yang sakit serta menafikan tidak membayar bil elektrik didakwa mencecah RM6,000.

“Setiap manusia ada jatuh dan bangun. Sebelum ini saya bayar, cuma dua bulan terakhir ini saya tidak bayar rumah sewa kerana saya jaga mentua.

“Dengan keadaan ekonomi (sekarang), saya bukan taknak bayar tapi bila ada dakwa saya tak bayar bil elektrik RM6,000 itu tidak benar,” katanya.

@melodiberapi

AYAT “PENGEMIS TETAP PENGEMIS.. “ MEMBUATKAN PENYANYI TOKI BERANG DENGAN TUAN RUMAHNYA SEHINGGA BELIAU BERTINDAK MENGELUARKAN AYAT KESAT DAN MENGELUARKAN SENJATA PARANG BAGI MEMPERTAHANKAN KELUARGANYA APABILA TUAN RUMAH HADIR KE RUMAH SEWANYA YANG TIDAK DIJELASKAN BEBERAPA BULAN YANG LALU.. BARU_BARU INI MELODI BERTEMU DENGAN BELIAU BAGI MENGETAHUI APAKAH YANG SEBENARNYA YANG BERLAKU.. #meloditv3 #toki #takbayarsewarumah #ceritaartismalaysia #viral #kontroversi #hutang #fyp??viral #penyanyiToki #tuanrumah

? original sound – Melodi – Melodi tv3

Dalam pada itu, To’ki menafikan dakwaan dia suka membuang sampah merata-rata serta memberitahu ada jiran yang tidak suka dengan dirinya di kawasan tersebut.

“Saya tidak tahu apa masalah manusia ini. Ada seorang jiran ini, saya dah banyak kali cuba buat baik dengannya tapi dia masih tak suka saya.

“Dia pernah cakap kalau tak sesuai duduk sini, boleh kembali ke dalam hutan… Saya tak hiraukan apa dia cakap,” katanya.

Kata To’ki lagi, dia mengakui tidak menerima banyak tawaran persembahan sehingga berdepan masalah kewangan namun tidak tetap mencari jalan untuk menjalankan tanggungjawabnya.

“Saya ada anak yang seorang tingkatan lima dan seorang lagi sudah masuk universiti. Semua ini tanggungjawab banyak pakai duit. Saya perlu jaga ibu mentua lagi.

“Tapi walaupun susah saya tidak berhutang dengan orang, tak pernah menggemis depan orang. Saya kerja cari duit. Saya tak meminta atau menggemis,” katanya.