Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial apabila pelawak Enot dilihat ada memuat naik perkongsian di media sosial.
Terbaru, menerusi perkongsian di TikTok, Enot mempersoalkan semula dakwaan dia bersuamikan seorang pengkid. Menurutnya, dia masih tahu hukum agama.
BACA: “Satu Aib Aku Kau Buka, 10 Aib Kau Akan Terbuka”
Enot turut bersumpah atas nama ibunya bahawa dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkahwin serta tidak akan memaafkan individu yang mempermainkan nama arwah ibunya.
“LILAHITAALA atas nama mak aku, aku tak pernah mengeluarkan statement berkahwin? Dan tok kadi mana pulak yang boleh nikahkan aku tu?
“Aku masih tahu hukum agama! Jangan nak hukum aku macam aku orang kapir pulak ye tak tau apa-apa! Yang memaki hamun aku dalam DM dan mempermainkan nama arwah mak aku ingat aku tak maafkan kau sampai bila-bila! Dosa aku dengan Allah aku boleh mintak ampun tapi dosa korang dengan aku?” tulisnya.
Sebelum ini, Enot berkata dia membuat keputusan untuk berdiam diri disebabkan tidak mahu bergaduh dan bermusuhan.
Dalam pada itu, pelawak itu turut meminta individu yang dimaksudkan untuk ‘menggali’ lebih dalam lagi kesalahan yang pernah dibuat sehingga dirinya jauh hati.