Selepas sekian lama berdiam diri, pelakon dan pelawak Enot dilihat memuat naik perkongsian di TikTok miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Enot menyatakan dia membuat keputusan untuk berdiam diri disebabkan tidak mahu bergaduh dan bermusuhan.
BACA: Enot Hidap Kanser Usus Tahap 2, Buat Rawatan Kampung
“Bercakaplah selagi kau mampu bercakap. Dan aku berdiam selagi aku mampu berdiam. 1 aib aku kau buka, insyaAllah 10 aib kau akan terbuka.
“Aku malas nak cakap benda yang aku dah simpan, dah kunci elok-elok sebab aku tak suka nak bergaduh dan bermusuh, sebab tu aku pilih diam!,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelawak itu turut meminta individu yang dimaksudkan untuk ‘menggali’ lebih dalam lagi kesalahan yang pernah dibuat sehingga dirinya jauh hati.
“Tapi ayat-ayat ko menampakkan ko sorang je yang betul. Salah tu gali lagi-lagi dalam apa yang ko buat kat aku sampai aku jatuh hati macam ni. Tak apa bagi aku Allah tau segala-galanya. Dia maha mengetahui dalam hati aku macam mana! Allah ada,” tulisnya.
Terdahulu, tular mengenai seorang pelawak didakwa telah bersuamikan seorang pengkid.