fbpx

Tobey Maguire & Pengarah, Sam Raimi Tinggalkan Projek Spider-Man 4

Sony Pictures secara rasminya semalam mengumumkan yang Spider-Man 4 yang di’jadualkan menemui penonton pada 2011 masih belum menjalani sebarang pengambaran.

Wartawan Hollywood memetik kenyataan Sony Pictures yang menyebut pengarah Sam Raimi telah meninggalkan projek ini atas sebab kekangan masa & kesukaran mengeluarkan idea kreatif.

Sony Pictures juga telah bersetuju untuk menamatkan sekaligus projek Spider-Man 4 ini dan akan menggantikannya dengan satu projek serupa — berlainan pengarah & pelakon.

Tobey Maguire yang juga menarik diri memaksa Sony Pictures mengeluarkan filem seterusnya dengan jalan cerita ketika Peter Parker di’alam remaja.

Pihak mereka juga menyebut yang mereka akan tampil dengan maklumat lanjut tentang projek baru siri Spider-Man ini dalam beberapa minggu akan datang.

Adakah gurauan yang Robert Pattinson bakal menggantikan Tobey Maguire dalam Spider-Man 4 bakal menjadi kenyataan?