fbpx

Di’tengah malam yang sunyi & pereka laman web kami sedang bertungkus lumus menyiapkan karya beliau, mari kita layan entri ringan.

Power Geng! Sunway Pyramid Dah Ada Ruang Komersial Baharu

Semakin canggih dan lebih selesa lepas ni bila korang jejak kaki di Sunway Pyramid. Kalau korang nak tahu, menjelang suku keempat tahun ini, Sunway Pyramid akan berwajah baru dengan pengenalan Oasis sebagai ruang runcitnya! Awesome...

Baca Lagi

Tadi kami sempat membelek keluaran terbaru Cosmopolitan yang mana Tiz Zaqyah menghiasi muka hadapan. Seperti biasa, Tiz Zaqyah nampak cantik untuk hiasan muka surat dalam.

Dan, beberapa fakta menarik Tiz Zaqyah berjaya kami seludup keluar untuk bacaan ringan anda pagi ini.

Pertama sekali, wajah comel cantik mulus Tiz Zaqyah ini rupanya tidak pernah menjalani rawatan kecantikan muka atau facial dalam bahasa pasar. Seperti tidak percaya tetapi itulah yang beliau dedahkan dalam majalah ini.

Tiz Zaqyah juga berkata beliau seorang yang selalu terlepas sarapan pagi & suka mengunyah McDonald’s dalam perjalanan ke tempat kerja. Terserlah sifat ringkas beliau, makan tengah hari juga kadangkala hanya nasi bungkus — atau sekali lagi, McDonald’s.

Mempunyai bakat nyanyian dan pernah berduet bersama Yassin untuk lagu rasmi filem Nur Kasih, Tiz Zaqyah idamkan duet bersama Jaclyn Victor, Siti Nurhaliza & Azlan The Typewriter.

Ciri ciri lelaki idaman Tiz Zaqyah? Lelaki yang boleh pertahankan gadis ini jika ada gossip buruk melanda diri. Challenge accepted!