fbpx

Tiz Zaqyah Tayang Kekasih Baru, Bakal Kahwin?

Lama tak mendengar kisah cinta membabitkan Tiq Zaqyah, namun menerusi posting terbaru nampaknya pelakon itu sudah menemui cinta hati baru. Dengan kepsyen yang ringkas, Tiz tayang habis teman lelakinya!

BACA: Tiz Zaqyah Dikecam Kerana Peluk Roberto Carlos

Menerusi gambar yang dimuat naik, bahagia sekali senyuman yang dilemparkan Tiz bersama teman lelaki yang dikenali, Syed Hafiz. Ramai mula membanjiri ruangan komen mengusik pelakon cantik ini.

Biarpun hanya menyertakan kepsyen ringkas, ramai mengandaikan jejaka tersebut istimewa di mata Tiz. Selain netizen, beberapa rakan artis turut meninggalkan komen, menguatkan lagi andaian mereka bercinta.

Selain itu, tidak kurang juga netizen meminta Tiz menjemput mereka jika berkahwin nanti. Adakah Tiz dan teman lelaki bakal berkahwin tidak lama lagi? (rtky/w)