fbpx

Tiz Zaqyah Datang Bawa Makanan Ke Lokasi Filem Lakonan Remy Ishak

Sekali lagi, kisah ringan selebriti untuk anda baca di’pagi Khamis ini. Maklum’lah hari terpanjang untuk anda sebelum TGIF!

Kami sudah beberapa kali membaca gossip di’laman hiburan tempatan tentang hubungan Tiz Zaqyah & Remy Ishak yang di’katakan sedang bercinta sekarang ini.

Tetapi setiap kali itu juga, Tiz Zaqyah mahu pun Remy Ishak sendiri menafikan perkara ini dan berkata mereka hanya kawan dan tidak lebih dari itu.

Namun hari ini sekali lagi Harian Metro melaporkan kejadian yang boleh menjurus kepada pengakuan kedua dua pelakon hangat ini untuk mengakui yang mereka sedang asyik bercinta.

Khabarnya, ketika sebuah penggambaran filem yang hanya melibat Remy Ishak, Tiz Zaqyah di’katakan datang ke lokasi membawa bersama makanan untuk Remy Ishak.

Krew produksi agak pelik pada awalnya kenapa Tiz Zaqyah boleh datang ke lokasi sedangkan beliau tidak terlibat & sebelum ini berkata tiada apa apa hubungan dengan Remy Ishak.

Namun, menurut krew produksi itu juga, Tiz Zaqyah & Remy Ishak saling berbalas suapan ketika makan bersama waktu itu.

Tunggu apa lagi Tiz Zaqyah & Remy Ishak, boleh sudah rasanya anda berdua membuat kenyataan secara umum tentang hubungan cinta anda berdua. Sebelum kami bawa orang dalam untuk berikan kenyataan. Oops.