“Tipulah Tak Nak Bercinta, Tapi…”
Menganjak usia 38 tahun, Dayang Nurfaizah mengakui kesibukan kerja membuatkannya terlupa untuk berfikir tentang soal jodoh. Bagaimanapun, Dayang berkata dia tidak tertekan kerana percaya dengan jodoh yang telah ditentukan Allah.
BACA: Dayang Nurfaizah Sedih Sering Ditanya Soal Kahwin
“Kadang-kadang, saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga terlupa untuk berfikir mengenai jodoh. Bila ditanya, baru saya teringat mengenainya. Saya percaya jodoh itu ada,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Dayang berkata dia bahagia walaupun hatinya belum dimiliki. Namun, penyanyi itu mengakui setiap kali melihat pasangan bercinta, dia juga ingin menikmati perasaan yang sama.
“Tipulah kalau saya cakap, saya tak nak. Bila tengok orang lain bercinta, saya pun nak rasa pengalaman sama. Tapi, buat masa ini mungkin jodoh saya belum sampai.
“Saya bahagia dan sehingga kini masih solo. Saya harap, peminat dapat mendoakan yang terbaik untuk saya,” tambahnya.
Ingatkan Dayang bercinta dengan Hael Husaini sebab selalu sangat dkongsikan gambar bersama di Instagram. Tapi kalau betul pun apa salahnya, dua-dua masih single.
- SUMBER
- Astro Gempak
rilek lah awak.makcik kita umor dah nak 6series baru kwn awak. dara dan duda bini mati .janji xmerampas
Sbrn nya dayang ada hati kat hael. Tapi takut. Hael pnya layanan plk, mmg mna2 pmpn pn blh jatuh hati. Nasihat aku, hael kalau suka dayang. Sila la msuk minang. Jgn main2 kan prasaan org.
sukahati kmu la nk becinta ke tak..org skrg ada isu lebih penting lg nk dirisaukan..covid19
makcik aku umor 50an baru temu jodoh. jodoh tu rahsia.
Ada sbb kita x dpt jodoh di dunia ni. jgn risau sb x semua bnde yg kita mahu tu baik utk kita.
tapi jika ada simpan perasaan tu, speak up. sekurang2 nya xde la tertanya2 WHAT IF WHAT IF masa dh tua nnti.