fbpx

Dayang Nurfaizah Sedih Sering Ditanya Soal Kahwin

Usianya kini menganjak 38 tahun, sudah pasti Dayang Nurfaizah tidak terlepas ditanya mengenai soal jodoh. Menurut Dayang, dia akui sedih sering diajukan tentang soal perkahwin.

Namun, Dayang berkata dia memahami orang selalu bertanya kerana usianya sudah semakin meningkat. Bagaimanapun, kesibukannya sebagai penyanyi membuatkan dia tidak memikirkan lagi untuk mencari pasangan hidup.

BACA: Peminat Doa Hael Hussaini & Dayang Nurfaizah Kahwin

“Bosan, tapi saya faham orang akan sentiasa tanya sebab saya perempuan dan umur pun semakin ‘muda’.

“Bila orang bertanya mengenai hal itu, ia akan membuatkan saya rasa sedih. Selama ini saya tak terfikir, sebab terlalu sibuk dengan kerja,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Dayang berkata kerjayanya sebagai penyanyi membuatkan dia agak takut untuk berumah tangga. Baginya bukan mudah untuk memahami kerjayanya sebagai anak seni yang perlu berdepan dengan peminat.

“Memang mungkin kerja, situasi, keadaan susah. Saya agak takut sebab saya bukan kerja di pejabat, kerja saya di mata peminat-peminat,” katanya.