fbpx

“Tipulah Jika Tiada Lelaki Mahu Dekati, Tapi Saya Tolak”

Tidak mahu lagi mengulangi kesilapan lalu, Chacha Maembong mengakui tidak mahu lagi taksub dengan cinta lelaki. Menurut Chacha, disebabkan terlalu asyik diulit dengan cinta, kerjaya lakonannya hampir malap.

Sebelum ini, hampir 5 tahun menjalin hubungan cinta dengan seorang DJ bukan beragama Islam, Chacha mengakui zaman remajanya terbuang begitu sahaja dengan perhubungan yang tidak memberikan apa-apa makna.

BACA: Dicium Abang Ipar, Chacha Maembong Sifatkan Netizen Terlalu Negatif

“Dahulu, saya tidak boleh hidup tanpa cinta seorang lelaki. Tetapi, itu zaman remaja, sekarang saya lebih bahagia dan tenang tanpa terikat dengan hubungan cinta.

“Hingga satu tahap, saya merasakan tidak memerlukan cinta lelaki disisi lagi. Saya mampu mengatur hidup dan kerjaya dengan lebih baik selepas putus cinta sejak setahun lalu,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Chacha berkata dia tidak memikirkan soal jodoh kerana usianya masih muda. Katanya, seandai berjumpa dengan lelaki yang serasi dia mahu terus berkahwin dan tidak mahu membuang masa lagi.

“Bohonglah, jika tiada lelaki yang mahu mendekati. Ada saja yang melamar untuk dijadikan kekasih tetapi saya menolak secara baik. Saya sudah malas memulakan perhubungan baharu. Bosan bercinta bertahun-tahun, akhirnya sia-sia.

“Saya tidak mahu membuang masa jika bertemu jodoh dengan lelaki yang serasi. Jumpa ayah dan terus kahwin. Pengalaman cinta terlerai di tengah jalan membuatkan hati menjadi sekeras kerikil. Saya juga tidak terdesak mahu berkahwin,” katanya.