fbpx

Dicium Abang Ipar, Chacha Maembong Sifatkan Netizen Terlalu Negatif

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai gambar perkahwinan Emma Maembong  bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar yang memaparkan Emma sedang mencium pipi Chacha Maembong.

Namun, apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila suami Emma turut sama mencium adik iparnya di atas pelamin. Enggan mengulas lanjut mengenai isu itu, Chacha menyifatkan netizen terlalu negatif mengenai hal berkenaan.

BACA: “Best Betul Jadi Lelaki, Kahwin Dengan Kakak, Adik Pun Dapat”

“Warganet terlalu negatif. Saya tak mahu berikan sebarang komen mengenai perkara itu,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, netizen berkata seolah tiada batas kerana mereka bukan mahram dan haram bersentuhan. Tidak kurang juga, ada yang memberikan komen sindiran bertanyakan siapa sebenarnya yang berkahwin, Emma atau pun Chacha.