fbpx

“Tingkatkan Darjat Isteri-Isteriku Dimatamu Ya Allah”

Hampir tujuh tahun melalui kehidupan poligami, Ashraf Muslim mengakui saling bermaafan, toleransi dan sikap bergurau senda perlu ada dalam institusi kekeluargaan

Ashraf turut berterima kasih kepada dua isterinya iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi kerana sentiasa ada bersamanya. Malah, Ashraf turut mendoakan agar kedua isterinya bahagia bersamanya.

BACA: Ashraf Muslim Syukur Dipilih Allah Sebagai Pesakit COVID-19

“1 Syawal kali ini memberi makna buat kami sekeluarga. Hidup bertoleransi, bermaaf-maafan, sayang-menyayangi dan gurau senda perlu ada dalam institusi kekeluargaan. Hargailah mereka.

“Ya Allah, terima kasih kerana memberi pinjaman kekasih-kekasih hati saya ini yang sentiasa bersama-sama dengan saya selama ini.

“Ya Allah tenangkanlah hati mereka dan bahagiakanlah mereka bersamaku dan tingkatkan darjat isteri-isteriku ini di matamu Ya Allah,” katanya.

Menerusi perkongsian tiu, Ashraf berkongsikan rutin mereka sekeluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri dimana kedua isterinya akan bertungkus lumus bersama-sama menyiapkan juadah untuk keluarga.

“Setiap kali raya memang ditunggu-tunggu sebab setiap tahun akan membawa cerita yang berbeza. Alhamdulillah, dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sangat bangga dan berterima kasih kepada kedua isteri kerana bertungkus lumus bersama-sama meraikan hari raya kali ini dengan bahagianya.

“Malam raya sudah sibuk masak. Pagi raya makan rendang ayam dan kuah kacang yang sedap sangat sampai kami anak beranak malas nak keluar. Sampai solat raya pun jam 10.30 pagi,” tulisnya.

Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana pada 30 Ogos 2011, kemudian berkahwin dengan Wan Sakinah pada 7 Julai 2013. Ashraf dikurniakan empat cahaya mata menerusi dua perkahwinan.