Ashraf Muslim Syukur Dipilih Allah Sebagai Pesakit COVID-19
Sudah seminggu dibenarkan pulang dan bebas daripada COVID-19, Ashraf Muslim mengakui rindukan rakan di Wad 31, Hospital Sungai Buloh. Menurutnya, apa yang berlaku itu ada hikmahnya dan merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.
Ashraf berkata, apabila disahkan positif COVID-19, dia agak bimbang kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga, namun apabila dikuarantin dia tidak langsung merasa bosan kerana pelbagai aktiviti dilakukan bersama pesakit lain.
BACA: Sudah lama Negatif COVID-19, Ashraf Muslim Minta Tinggal Lebih Lama Di Wad
“Bagaimanapun, selepas berada di wad, saya sangat bersyukur kerana Allah memilih untuk menguji saya. Selama lebih tiga minggu dirawat, segala kebimbangan saya meleset. Saya sebenarnya tidak sempat merasa bosan langsung sepanjang di wad.
“Walaupun ibadah puasa yang kami jalani di wad tidak sesempurna seperti di rumah yang meriah dengan pelbagai juadah, tetapi nikmatnya tidak sama seperti apa yang saya lalui di wad. Bagi saya nikmat yang dikecapi sepanjang dirawat tidak akan saya perloleh di mana-mana, katanya.
Katanya, sepanjang menjalani rawatan, dia mengisi masa dengan pelbagai perkara bermanfaat bersama keluarga baharu yang dikenalinya. Malah, sentiasa solat berjemaah bersam membuatkan hubungan mereka menjadi semakin rapat.
“Jadual padat dengan pelbagai aktiviti kerohanian sepanjang Ramadan membuatkan saya terasa seperti berada di Makkah. Rutin saya biasanya bermula jam 11 pagi, selepas bangun dan membersihakan diri, saya akan bersiap-siap untuk bertadarus sehingga jam 3 petang.
“Sementara menunggu solat Asar, saya berehat sebentar. Selain solat jemaah, aktiviti kami juga diisi dengan sesi takzirah, bacaan kitab hadis dan bercerita mengenai kebesaran Ilahi. Melakukan semua aktiviti bersama terutama solat jemaah membuatkan kami menjadi semakin rapat,” katanya.
Dalam pada itu, Ashraf berkata dia disahkan pulih sehari sebelum Ramadan namun sekiranya keluar, dia masih tetap perlu menjalani kuarantin di rumah dan akhirnya memilih untuk terus menjalani kuarantin di hospital.
“Ketika diberitahu saya negatif, saya minta kebenaran pihak hospital untuk terus berada di wad. Sekiranya saya keluar, saya masih perlu menjalani kuarantin.
“Jadi daripada menjalani kuarantin seorang diri, lebih baik saya terus berada di hospital kerana saya tahu apabila keluar, saya akan berseorangan mengerjakan solat Tarawih dan ibadah yang lain,” katanya.
Kata Ashraf lagi, dia mendoakan agar semua pesakit COVID-19 segera pulih dan dapat berjumpa ahli keluarga serta penyakit ini hilang dari muka bumi. Malah, Asharaf turut meluahkan rasa syukur kerana dipilih oleh Allah untuk berdepan ujian tersebut.
- SUMBER
- Harian Metro
Bila ko nak mampos liat betul kalo syaiton nak mati mmg susah.. org baik cepat je mati sedeh betul
Berapa kali nak ulang ni? Cakap sekali dah la..
Repeat…repeat pasal ulat bulu ni
Semoga dapat lagi bini baru kau serap.
Nak bagi Tau dia waraklah itu.
Tapi pandai tipu bini ke Thailand dgn keluarganya sebab pengecut ke mahkamah.
Nanti anak2 pun ikut perangai emakbapanya yg warak ini
Inilah rupa orang yg berdosa. Didunia di seksa, di akhirat tak tau macam mana?
abang ashraf dah blik Rmh ke??? Selamat berpuasa abang.. Moga sihat Selalu ..jaga diri jaga kesihatan… Hensem Selalu K..
Mati je lah cepat. Rimas mamat ni. takut duduk hospital lama2 kahwin bini no 3 pulak
ehh kotang atas2 ni x puasa ke. jg puasa setakat lapardahaga. biar lah dia nk bini 3 pun. jaga lah penulisan kita jgn berdosa dgn manusia. nk masuk syurga susah. walaupun amal setinggi gunung everest.
Entah2 dia bersyukur sangat sebab dapat berkenalan dengan awek baru/nurse lantas terpaut hati… ada chance nak tambah bini lepas ni… hehehe…
Kalau kau terpilih oleh Allah make jgnlah berlakun lagi dgn perempuan seksi2 Tu.
Berhenti terus mcm UAI, Zul Yahya tu.
Membiaklah lagi dgn wan sakinah tu sampai 1 dozen tentu byk rezeki, berbaloi angkut keluarga sampai Thailand.
Dr. Dayana tu biarlah belajar jadi pakar, anaknya pun nampak bijak
Berhenti pakai pakaian melekap di badan nampak benjol celah kangkang. Pakailah jubah je mcm akil hayy Rakan baikmu yg membuang bini tu