“Tinggi Macam Mana Pun, Tapi Kita Guriskan Hati Ibu, Baik Pergi Minta Ampun” – Hattan
Penyanyi Datuk Hattan mengingatkan orang ramai agar tidak sesekali mengguris perasaan seorang ibu sehingga wanita yang melahirkan kita itu menitiskan air mata.
Menerusi satu video dikongsikan di Instagram, Hattan berkata kejayaan seseorang itu tidak bermakna jika tiada reda serta mengguris hati ibu.
BACA: “Aku Tak Kisah Dia Menjawab, Nanti Kalau Dah Terkeluar Jangan Marah Pula” – Hattan
View this post on Instagram
“Tak kisah macam mana tinggi pun kita berdiri di muka bumi ni, tapi kita mengguriskan hati ibu, baik pergi minta ampun.
“Ibu kita ini jangan sekali pun kita menitikkan air matanya. Kalau terguris saja hati dia, tak ada untung dekat kita.
“Kalau jatuh ke bawah rasa sakit. Macam mana berjaya pun tak ada makna. Sebab apa? Dalam masa 24 jam semua kemewahan kita boleh hilang dalam sekelip mata,” katanya.
Dalam pada itu, Hattan berkata dia sudah banyak melihat balasan Tuhan terhadap mereka uang tidak mendapat restu daripada ibu.
“Banyak kali sudah terbukti benda macam ini berlaku. Percayalah cakap saya. Emak kita ini adalah segala-galanya untuk kita. Kena ingat itu,” katanya.
Dalam video tersebut, Hattan turut terkenangkan Allahyarham ibunya ketika umat Islam kini sedang menyambut bulan Ramadan serta menitipkan nasihat buat mereka yang sudah tiada ibu bapa berkumpul sesama adik beradik.
Betul tu bang Hattan lagi satu yg meluat melihat arrogant nyer sikap seseorang tu…. Lama2 satu persatu org tgok balasan pada anak derhaka….
Bukan mamat ni ke yang dikatakan terlibat dalam kes penipuan?
Tapi dok bersyarah ni, macam dia manusia yang terbaik.
Behtol tu abg motak, arwah abg aku smpai akhir hayat tk mntak ampun dengan mak aku.. Tk tau prjlnan dia dkat sana? Kitaorg yg hidup nie pulak rasa bersalah? Allahuuu mudah²an Allah angkat doa mak, kami adik beradik untuk arwah..
Anak derhaka akan dicampak ke api neraka!!
Allahuakhbar…..betul & setuju dgn Abg Hattan. Kita lahir dari perut ibu, susu ibu yg Tuhan anugerahkan utk kita minum selepas dilahirkan, kasih sayang ibu yg tak mengizinkan walau seekor nyamuk menggigit kita semasa kecil, dll …..tiada yg boleh menggantikan pengorbanan seorg ibu. Takut lah pd kifarah dari Nya.
Setuju Abg Hattan.. Syurga seorang suami ialah di tapak kaki ibu..bukannya ditapak kaki bini jembalang tanah.
janidor… dia bukan bersyarah untuk ajak orang buat menda tak baik… hotak kau kat mana?
Aku sokong Nizam.
Janitor, dari mana kau dapat berita ni? Jangan nak buat fitnahlah. Baik kau minta maaf dengan Hattan.
Kepala hotak kau lah. Kalau dia penipu, dah lama masuk dalam oenjara dah woiii bahalol.