fbpx

Sejak Ahad lalu hangat diperkatakan mengenai persembahan penyanyi Ifa Raziah di program realiti Terpaling Juara semalam sekali lagi menjdi bualan apabila didakwa merosakkan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian Ella.

Malah, sebelum ini Ifa turut mempertahankan diri mengatakan bahawa nyanyiannya terganggu berpunca daripada baju yang dipakainya.

BACA: Ifa Raziah Bengang Guru Vokal Kritik Suara Sumbang 

Bagaimanapun, ramai yang kurang senang dengan tindakan Ifa yang didakwa ‘menjawab’ ketika penyanyi, Datuk Hattan mengkritik persembahannya itu.

Menerusi temubual F8Buzz, Hattan diminta mengulas mengenai alasan Ifa yang menyalahkan pakaiannya. Tegasnya, ini adalah pertandingan nyanyian bukannya pakaian.

“Dua minit setengah nak kena bawa baju, terpijak… dah tiba-tiba dah macam termelatah, apa hal… tak boleh… mana boleh… marah aku macam itu. Ini bukan pertandingan pakaian,” katanya.

Dalam pada itu, Hattan tidak kisah mengenai sikap Ifa yang didakwa ‘menjawab’ itu serta mengatakan dia sedikit pun tidak berasa rugi.

“Aku tak kisah dia menjawab, aku tak rugi apa pun. Kau yang rugi, dia nak menjawab dia punya pasal. Aku sebagai juri nak beritahu yang betul sahaja.

“Kalau kau nak menjawab, rasa benda itu betul..kau teruskan la. Nanti kalau dah terkeluar (tersingkir), jangan marah pula. Kuasa kat tangan kita (juri). Tapi kami tak zalim sebegitu,” katanya.