Selebriti yang masih dalam perbicaraan kes khalwat beliau nampaknya kini menjadi perhatian para peminat hiburan sekali lagi apabila dikhabarkan sudah meninggalkan tunang atau kekasihnya yang selama ini kuat menyokong dirinya. Kami persembahkan, Shahz Jaszle.

Laporan awal Beautiful Nara pagi ini menyiarkan sekeping gambar Shahz Jaszle dengan seorang gadis baru yang dipercayai merupakan teman wanita baru aktor tersebut dan ini mengejutkan ramai pihak — termasuk tunang beliau, Redzwani Puteri.


Dalam salah satu gambar yang dimuatnaik, Shahz Jaszle sendiri mengakui yang gadis bernama Hanis Husna itu merupakan teman wanitanya kini selain gadis itu sendiri memberi komen yang pelakon itu sudah memutuskan hubungan dengan Redzwani Puteri.

Menariknya, Redzwani Puteri turut meninggalkan komen bertanya apakah sebenarnya yang terjadi sebelum beliau sendiri memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram memaklumkan kepada semua yang beliau sendiri tidak tahu apa apa sekarang ini.

Untitled-1


Untitled

Untitled-2

Satu perkembangan yang menarik untuk diikuti sepanjang minggu yang mendatang. Ini kes klasik habis madu sepah dibuang. Eh. (rtky/m)