fbpx

Mira Filzah Sahkan Sudah Bertunang

Timbul spekulasi bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, akhirnya segalanya terjawab apabila Mira Filzah mengesahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya, Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Enggan mendedahkan secara terperinci mengenai ikatan pertunangannya itu, bagaimanapun Mira tidak menafikan mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung pada Oktober ini.

BACA: Zarina Zainuddin Puji Mira Filzah, Tak Sombong Macam Artis Lain

“Status sekarang dah bertunang. Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan). Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal,” katanya.

Mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri, Mira berkata dia akan maklumkan kepada pihak media bilakah majlis tersebut jika semuanya berjalan dengan lancar.

“Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan). Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal,” katanya.

Terdahulu, desas desus hubungan Mira dan Emir yang dikukuhkan lagi apabila adiknya, Aina Fadhilah memanggil Emir dengan gelaran BIL (brother in law) atau abang ipar.