Timang Anak Keenam Usia 52 Tahun, Awie Mahu Kekal Fit Sebab Tak Nak Disangka ‘Atuk’
Bakal menimang cahaya mata keenam dijangka pada Januari depan, penyanyi Datuk Awie berkata dia kini mula menitikberatkan mengenai kesihatan diri.
Usianya kini sudah mencecah 52 tahun, Awie berharap dia dikurniakan kesihatan yang baik supaya mampu untuk membesarkan anak kecilnya itu kelak.
BACA: Empat Tahun Menanti, Awie Bakal Timang Anak Keenam
“Syukurlah dalam umur ini saya dikurniakan cahaya mata yang saya anggap sebagai anugerah dan rezeki tak terhingga serta tiada bandingnya.
“Apa yang perlu saya lakukan sekarang ialah menjaga kesihatan supaya bila saya hantar anak pergi sekolah, budak-budak ni tak ingat saya datuk dia. Nanti orang tanya tu atuk kau ke? Malu nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Awie juga kini menjaga pemakanan supaya sentiasa sihat dan bertenaga. Akui merupakan satu cabaran apabila mempunyai anak kecil, namun Awie sentiasa berfikiran positif.
“Ini salah satu cabaran bila nak ada anak kecil. Paling penting jaga pemakanan. Nanti kalau kita dah sakit susahkan isteri pula. Jadi saya anggap inilah antara cabaran hidup,” katanya.
Awie mendirikan dengan Datin Sharifah Ladyana pada 7 Oktober 2016 dan kandungan itu adalah cahaya mata pertama mereka.
- SUMBER
- mStar Online
Tak minat.. ni isu yg lebih penting media patut tekan kerajaan. Apa guna sokong bmf kalau perniaga muslim sendiri pon berniaga guna daging sejuk beku sebab murah…perniaga akan cari bahan yg lebih murah..halal haram letak tepi dulu..yg penting brg murah boleh mengurangkan kos..
Gosip x best. Daging.. ak heran wei
Kenapa susah sangat nak beri nama daging atau compeny yg jual daging campur, klu beritau Kan senang umat Islam Tak beli, klu dah terbeli boleh la Kita buang….soal halal Haram Pon nak sembuyikan…nak berhati2 mcm mana, takkan nak belek daging tu Kat pasar.
keluar anak cari lagi perempuan baru. mcm dulu sdh longar mesti ganti baru lepas tu hina2 itu bini dlm socmed,kan awie.
itu baru retis idol
Ni blog gosip artis mestilah cite hal dorang nak isu hal ehwal semasa pegi bukak blog lain cam Malaysiakini.
Joni. Yg buat tu bkn straight forward. Dia dh cmpur kan dgn daginh halal dan tipu label guna syarikat yg lain punye.
Contoh: ko tokey ABC ada halal cert. Tokey XYZ tiru label balut ko dan jual kat kedai2 retail. Mcm mn nak cari? It is more complicated than u think. kalo jd hakim dan ada maksimum hukuman sula mmg aku bg hukuman sula jubor setan2 ni. Tau nak kaya je. Tp dgn jln haram dan mnyusahkan org.
Tahniah!