Empat Tahun Menanti, Awie Bakal Timang Anak Keenam
Hampir empat tahun menanti selepas mendirikan rumah tangga pada 2016, penyanyi dan pelakon popular Datuk Awie memaklumkan beliau dan isteri bakal menimang cahaya mata keenam pada tahun hadapan.
Awie atau Ahmad Azhar Othman, 52 tahun, berkata kandungan anak sulung bersama isterinya Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, kini sudah memasuki usia tujuh bulan dan dijangka bakal bersalin Januari depan.
BACA: Berat Naik Mendadak, Awie Takut Tengok Cermin
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Ibu dan baby juga sihat-sihat sahaja. Tak ada apa yang ingin saya katakan, hanya memohon doa agar semuanya dipermudahkan,” katanya.
Perkhabaran gembira itu turut dikongsikan oleh Awie menerusi Instagram miliknya semalam. Awie turut memuat naik video menemani sterinya untuk membuat pemeriksaan rutin ibu hamil di sebuah hospital.
“Saya di sini bersama isteri untuk check kandungan tujuh bulan. Sudah lima anak saya dilahirkan di sini dengan satu doktor yang sama,” katanya.
Awie dan Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016 di Songkhla, Thailand. Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 19, dan Puteri Aleefa Antasha, 17.
Awie kemudian bernikah dengan Rozana Misbun adik kepada aktres Haliza Misbun pada 2006. Kasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah,11, Putra Ahmad Rezzki, 10; dan Puteri Qasseh Antasha, 8.
- SUMBER
- Astro Gempak
bukan je lahirkan anak hospital yg sama tp nikah dgn isteri baru pun tempat yg sama. hopefully sijil nikah valid la ye, kang tak pasal2 nk cerai mcm hari tu baru tau sijil nikah tak valid. sorry la, nk minat lelaki poyo mcm ni. dh la suka buruk2 kan isteri2. bajet2 gentlemen.
Nnti org ingat atuk antar cucu g sekolah
ini kah retis yg suka pukul isteri dan menghina isteri lepas dia berzina dgn perempuan lain itu?
nantinlepas ini bini ke 3nya kena bersedialah. dia ini pandai pakai bawah perempuan saja sdh putus urat lahirkan anak2 nya cari lagi baru yg tidak longgar.
tidak pernah respek retis ini.
Cannot brain this kind of family.. harap berkekalan la dgn wife baru ni.. bukan jd mangsa keganasan rumahtangga