fbpx

Timang Anak Kedua, Pilih Nama Anak Sumayyah

Tahniah buat Syamsul Yusof dan Puteri Sarah kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua Jumaat lalu. Berita gembira itu dikongsikan pengarah popular itu melalui akaun Instagram miliknya disertai dengan ucapan tahniah tidak henti-henti daripada peminat.

Menurut Syamsul, Puteri Sarah selamat melahirkan bayi perempuan seberat tiga kilogram itu pada jam 3.30 petang. Menerusi perkongsian itu, Syamsul turut meluahkan rasa syukur di atas rezeki tersebut serta turut berkongsikan nama anak keduanya itu yang diberi nama Sumayyah.

BACA: Syamsul Yusof, Puteri Sarah Bakal Timang Anak Perempuan

“Alhamdulillah maha suci Allah. Maha pemberi segala rezeki. Anak kedua kami selamat dilahirkan pada pukul 3.30 petang tadi (Jumaat).

“Kali ini, Allah kurniakan kami anak perempuan yang diberi nama Sumayyah binti Mohd. Syamsul. Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan,” tulisnya.

Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syaikhul Islam Mohd Syamsul.