fbpx

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Tetaplah merdeka. Ia pasti menjadi sejarah~~~

Korang pasti tahu bait lirik lagu di atas ini kan? Inilah lagu ‘Tanggal 31’ yang dinyanyikan Allahyarham Sudirman. Lagu ni memang wajib ada semasa kita menyambut bulan kemerdekaan.

Kredit imej: world of buzz

Bukan tu jer, banyak lagi aktiviti antaranya hias kereta dan rumah dengan Jalur Gemilang Memang betul semangat lain machiam lah! Apalah ertinya Hari Kemerdekaan kali ke-66 kali ini kalau tak buat semua benda ni kan?

Kalau korang nak tahu inilah betul erti kemerdekaan kita! Bersatu padu bersama-sama menaikkan semangat sambutan Hari Kebangsaan dan menyebarkan kegembiraan serta memberi dan berkongsi dengan orang lain. Ini baru truly Malaysian! Macam yang dilakukan salah seorang TikToker, Pinn Yang yang suka sangat kongsi kegembiraan dengan orang lain.

Belanja 1 Troli & Banyak Lagi!

Kalau korang tengok video yang dikongsikan TikToker Pinn Yang dalam video yang berdurasi 1 minit 22 saat itu menunjukkan Pin Yang approach salah seorang pembeli di salah satu pusat beli-belah untuk membantunya membayar barang disebabkan dia tidak membawa dompet.

Apa yang bagusnya, wanita yang dikenali Linda tu tidak sedikitpun berasa kekok untuk membayar barang yang dibelinya. Aaa…betul-betul tersentuh hati! Rakyat Malaysia kan memang terkenal dengan budi bahasa, tak kedekut dan suka memberi. Bertuah betul kita lahir di bumi Malaysia ni.

Jadi disebabkan wanita tadi sudi membayar barang yang dibelinya, Pinn Yang pun terus beritahu tujuan sebenarnya untuk buat video tersebut dan mahu membayar SEMUA 1 troli barangan yang dibeli wanita tadi. Mak ai bertuahnya wanita tu.

“Bos Ah Huat yang belanja,” katanya sambil memakai kasut terompah merah dan memberinya satu paket Ah Huat White Coffee.

Dari video yang dikongsinya di TikTok miliknya itu, ramai netizen yang memberikan komen positif:

Best kan baca komen-komen positif dari netizen ni. Betul rasa terharu sangat dengan keprihatinan yang diberikan Rakyat Malaysia bagi mereka yang memerlukan ini. Haa dah taknak terharu sorang-sorang, nah korang tengok sendiri video tu:

@yang

“I lupa bawa dompet & minta tolong, and this wonderful thing happened… ? Terpaling ngam!” #pinnyang #foryou #fyp #socialexperiment #kindness #malaysia #viral #fyp?

? Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari

Bos Baru Ah Huat?

Eh jap korang, perasan tak dalam video tadi, Pinn Yang ada sebut bos baru Ah Huat yang belanja sambil pakai kasut terompah merahnya tu. Haa pada korang yang tertanya-tanya siapa lah pulak si bos baru Ah Huat ni kan, meh sini kami beritahu.

Bos Baru Ah Huat tu sebenarnya dari Kopi Putih Ah Huat kegemaran Malaysia! Ingatkan siapa lah tadi kan? Hehe.

Kalau korang nak tahu matlamat AHWC di sebalik “Belanja 1 Troli” ini adalah untuk menyebarkan kebaikan dan membangkitkan rasa belas kasihan tanpa mengira bangsa atau agama sempena hari Merdeka!

Dan pakaian Pinn Yang menyerupai Bos Ah Huat itu akan didedahkan tidak lama lagi! Pelancaran akan diadakan pada bulan September, nantikan dan ikuti Kopi Putih Ah Huat untuk maklumat lanjut!

Nak layan minum Kopi Putih Ah Huat boleh tekan link Shopee atau Lazada.

Link media sosial dorang boleh check di sini! Facebook dan Instagram.