fbpx

Kalau anda berkira kira hari ini untuk membeli tiket ke persembahan khas pelawak terkenal ini, lupakan sahaja niat anda. Semuanya sudah licin di’mamah wang ringgit peminat sejati Russell Peters pagi ini.

The Comedy Club KL selaku penganjur membuka kaunter pembelian tiket menerusi Ticket Pro & AirAsia RedTix bermula jam 9.00 pagi tadi & khabarnya peminat mula beratur di’kaunter fizikal seawal 6.30 pagi. Justin Bieber who?

Yahoo Malaysia menerusi laman Twitter rasmi mereka menyebut tiket sudah habis terjual untuk semua tempat duduk dalam masa kurang 60 minit — yang tinggal kini hanya’lah tiket Gold bermula pada harga RM248 dan ke’atas.

Russell Peters Notorious World Tour (Malaysia) 2012 akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam yang mampu menampung kapasiti penonton seramai 5,000 orang. Kepada yang sudah mempunyai tiket, jumpa anda di’sana!