fbpx

“Tiga Tahun Tunggu Zuriat, Memang Nak Anak Lelaki”

Tahun ini tentunya sangat bermakna buat Anzalna Nasir dan suami apabila dapat meraikan Aidilfitri bersama anak sulung mereka, Mohamad Eidrees. Jika tahun lalu, Anzalna melahirkan Eidress sebelum raya, kini dapat beraya bersama.

Berkongsikan video sempena ulang tahun pertama anaknya itu, Anzalna mengimbas kembali kenangan sebelum hamil. Selama 3 tahun menanti zuriat, Anzalna berkata dia dan suami sememangnya mengimpikan anak lelaki.

BACA: Suami Anzalna Pinjamkan Triton Untuk Kerja Amal Ustaz Firdaus

Berkongsikan mengapa mereka memilih nama anak mereka iaitu Eidress kerana anaknya itu dilahirkan beberapa hari sebelum Hari Raya. Menurut Anzalnya ianya pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.

https://www.instagram.com/p/CA1n6A4AnAN/?utm_source=ig_embed

“Ketika saya tahu saya mengandung anak lelaki, saya sangat gembira, ya kami berdua memang mahu anak lelaki,” tulis Anzalna di Instagram.

“Saya melahirkan Eidrees beberapa hari sebelum raya, sebab itulah saya menamakan dia EIDrees, ia merupakan detik yang tak dapat dilupakan.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 31 Mei 2019.