fbpx

Suami Anzalna Pinjamkan Triton Untuk Kerja Amal Ustaz Firdaus

Sepanjang PKP ini, ramai yang berkemampuan tampil menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan. Banyak cara kita boleh lakukan untuk melakukan amal jariah dan bukan hanya dengan wang ringgit semata-mata.

Seperti yang dilakukan oleh Hanif Zaki iaitu suami kepada Anzalna Nasir yang menggunakan hubungan baik dengan tempat kerja dengan meminjamkan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton untuk kerja amal pendakwah bebas Ustaz Firdaus Wong.

BACA: Anzalna Nasir Cari Keluarga Susah Sumbang Susu, Lampin Pakai Buang

Perkara itu turut dikongsikan oleh Anzalna di Instagram miliknya. Difahamkan, Hanif dengan kerjasama Mitsubishi cawangan Ampang meminjamkan kenderaan Triton untuk kegunaan Ustaz Firdaus Wong mengedarkan sumbangan kepada asnaf di seluruh negara sehingga tamat PKP.

https://www.instagram.com/tv/B-9ieXuDjKd/?utm_source=ig_embed

Menerusi perkongsian itu, Anzalna turut meluahkan rasa bangga dengan tindakan murni suaminya itu. Menurut Anzalna lagi, minyak untuk kenderaan terbabit juga turut ditaja sepenuhnya. Malah, Anzalna turut mengalu-alukan jika ada pihak yang memerlukan bantuan mereka.

“Untuk cari pengangkutan sekarang pun agak susah. Unit pandu uji kenderaan tempat suami, bukan boleh bekerja pun sekarang.

“Ada baiknya dia beramal dan bantu org lain. Ini adalah kereta pandu uji milik unit pusat pameran. InshaaAllah kita bagi pinjam sepanjang PKP ini. Kalau ada lagi badan bukan kerajaan (NGO) nak, boleh beritahu kami. InshaaAllah kami boleh bantu,” katanya.