fbpx

Tiga Tahun Berkahwin, Tomok Rancang Tambah Anak

Kalau anda kaki Instagram anda pasti tahu yang anak sulung pasangan Tomok dan isteri, Rahayu Abbas atau Ayu, Arrianshah Akid mempunyai kalangan peminat tersendiri sehingga setiap kali gambarnya dimuatnaik, pasti mendapat respons positif dari peminat.

Berita baik untuk semua, Tomok dalam temubual bersama mStar Online mengakui yang beliau kini sudah bersedia untuk menambah anak kedua selepas baru baru ini menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ketiga selain anak sulungnya kini sudah pun membesar.

“Insya-Allah saya & isteri sudah bersedia untuk menambah bilangan keluarga kami dengan anak kedua pula. Arrian pun sudah membesar dan rasanya dia juga memerlukan seorang adik. Cuma sehingga kini kami belum ada rezeki lagi. Saya percaya dengan penambahan ahli keluarga pasti akan sempurnakan hidup kami,“ jelas Tomok.

Dalam masa yang sama, Tomok ada melahirkan rasa bersyukur selepas menyambut ulangtahun perkahwinan yang ketiga dan berkata selepas 11 tahun bersama, mereka saling memahami dan itu memudahkan urusan seharian suami isteri. (rtky/m)